DIARY DIET MAKCIK REHAN

RECENT COMMENTS

Showing posts with label weekenders. Show all posts
Showing posts with label weekenders. Show all posts

Monday, December 1, 2008

SAVINGS SALE?

.
Memang saving giler. Pegi One Utama, hapah pon tak beli. Jiwa raga tak tenang nk milih brg pasal lupa bawak stroller Aisyah. Sakek pinggang nk mendokong. Nk mencari paking pon azab dah. Ummat Muhammad punya la ramai. Kami laki bini yg memang tak 'sajak' nk shopping memahal ni kan...sudahnya balik ke port biasa yakni TESCO extra Selayang (blom ada duta lagi kan?)


Sempatlah bagi can si Aisyah membuas kat area mainan JJ sementara tunggu babahnya milih brg. Sudahnya, satu mender pon dia tak beli.



Bawak masuk toys r us, laptop menan jugak yg jadi fav dia. Nk jadi IT engineer ker anak aku nih? Jgn jadi blogger merepek mcm maknyer sudahhh...



Kesian nengok dia mencangkung, sayer letak dia atas car seat nih. Ha..mainlah sampai lebam!



Diakhiri dgn early dinner di Johnny's steamboat. I likeee... kan i diet...lupa?

Kat TESCO sayer dah lebam, dah tak kose nk nangkap gambo. Infact, henpon pon tinggal lam keter. Beli groceries, toilettries itu ini begitu begini...zass.. terus balik rawang.

.

Sunday, November 30, 2008

JOGGING SAMPAI MERENYAM

.
Haku ni kan, sampai tatau nk update story kat blog mana. Kengkadang entry haku dh mcm redundant (boleh pakai word ni? bantai jerlah!) Korang tau kan, sayer ada 2,3 ker 4 blog tah. Tp mandangkan blog mencah ni kira haku punyer premier blog kan (yg lain2 kira sekunder gitu. hehe) makanya haku hapdet kat sinilah yuk...

Ni sayer mau story pasal jogging pecah rekod sayer yg julung2 kali setelah dekat 2 tahun tak menggegarkan otot2 montot. Heh! Tau kan haku diet?

Dah haku sukat makan minum, alang2 haku nk la jugak kasi gegar lemak2 ni kan. Honestly lah, haku dulu sebelum kawin, beranak-pinak kan, mmg kaki jogging kat Taman Jaya depan Amcorp Mall tuh. Tmn Tasik tu menjadi saksi suka duka sayer mengawal kembang kempis badan ku ini.

Start dari hari Khamis lagi haku dh ckp kat laki, Bang Sabtu jom kita kasi gegar Tmn Metropolitan Kepong tu...laki aku hangguk jer. Pastu mlm semlm kami tuko plan, buat per ngabihkan minyak setangki pegi jejauh2. Kan Taman Tasik Soon Huat ada. Soon Huat tu nama pasaraya depan tasik. Haku lupa apa nama tasik tu, tmn tasik teratai ke hapa tah.

Pagi tadi patutnya nk bawak si Mencah ni sama. Sian lak nenek onah nk jaga dia, mak pak dia sedap meronggeng tepi tasik kan. Tp pagi tadi anak haku tu punya la liat nk bgn. dah jenuh kami kaco dia, dokong turun bawah dia boleh terlentok tido lagi. Ni semua bahana mlm tadinya kami melepak kat futsal court sampai kat kol 10. Anak aku kalau ikut skedul dia, kol 8.30 dah lelap. Kalau lambat dr waktu tu, makanya sok pagi kompom dia qada' tido. Sudahnya haku bubuh dlm buai dan terpaksa la tinggalkan dia. Kejap jer ponnnn...

Ginilah roper tasik tu di pagi hari. idok la pagi benau. eh tp gambo ni aku dah tambah cahaya. kalo idak golap sgt, mcm aku bejoging di subuh sepiei lak karang.



Laki haku jgn harapla nk layan jogging mogging ni kan. Dia lagi sanggup main futsal ke, bola ker, badminton ke hapa walaupon kena bayar sewa court. So, dia jadi bodigad jerlah sambil lempar mata kail dlm tasik. Senaman lengan katanya. iyolah tu...

Aku? Ya rabbi... nk menyusun tapak nk keliling tasik yg tak sebesar mana tu punyalah hazab wei! berat kemain aku rasa. sekali aku melangkah, aku rasa mcm bergegar satu badan. Aku lari dlm 10 langkah jer, lepas tu haku jalan kaki jer weh. Laki aku dok usha jer dari jauh sambil gelak2. Mencikk tol... Bang, sponsor i pegi liposuction la senang banggg....




Lepas habis satu pusingan, aku dah mengah semacam. Pastu aku lepak ilangkan mengah kat area 'gymnasium' nih. byk alat yg rosak. sempat la haku uh-ah uh-ah sesikit. Penatnya....

Nak eksen dgn laki aku punya pasai, aku gagahkan diri buat satu lagi pusingan. Bukan berlari pon..jalan jerk. Masa ni ya rabbi... punyalah gatal peha aku weh! Kan kalau kitani dh lama tak exercise, mula2 kita buat peha kan rasa gatal merenyam. Haaa...mcm tu lah aku rasa. Tadak segan silu dah haku menggaru sambil berjalan. gatal ya amat. sampai jer kat port mancing laki aku, terus haku duduk kat situ, menggaru tak hengat.

Lepas tu haku tak habih2 goda laki aku, Bang jom pi teratai (nama restoran). Abg mkn roti canai, saya mkn roti bakar jerr. Mampuih laki aku tak pecaya ckp aku weh. Dia tau, kang sampai sana sure aku ngelat bantai roti canai 2 keping tak pon nasik lemak telur mata sepinggan terak!

Balik tu terus tala ke umah! uwaaa...zalim tau bang!

Kat umah aku tala bihun goreng nenek onah sepiring penuh! Dah la kat umah ramai org, bila aku mkan, memasing perli aku... aii, tak kan nk replace balik apa yg dah burn tadi kot?

Jahat korang! Tunggulah Makcik Rehan kurus nanti...cewahhh!

.

Tuesday, November 25, 2008

BELON PURPLE LAGIK

.
Hari Ahad pnya story. Kan Sabtu tu masa merentas desa saya belikan dia belon kepala bunny nih. So, hari Ahad kami tak kuar kemana. Melayan dia main2 dlm umah jer. Nk kuar kat laman, cuaca tak berapa bagus. Mandom.



Gigit.


Sambil layan TV



Nk bukak dr cup dia...


Hayun satu alam.


Picit.


Saya balik keja semlm, Nenek Onah membuat laporan - belon sudah pecah di himpap oleh budak bertuah nih. Melayang singgit duit mama nakkkk....

.

Monday, November 24, 2008

DINNER

.
Dah mlm dahni. Ingatkan nk balik terus, Babah melencong pulak pegi kedai makan. Dulu zaman2 becinta-cintun ada gak mkn kat sini. Saya kenyang cuma dahaga air sirap. Sementara tunggu babah habiskan kueytiow tomyam (dan saya dan mencah tolong habiskan kerang bakar!), saya melayan Mencah yang dah barai gilerr. Mata layu semacam tapi masih nk membuas. Cam biasa, kalau kat kedai2 mkn ke hapa..I bukan blogger tegar yg nak nangkap gambar. Makanya tiada gambar.

Kami balik rumah dengan kekenyangn dan kegembiraan.

Sikit punya banyak entry haku taip. Semua ni hari Sabtu punya citer. Hari Ahad punya entry kena buat auto-publishla kan. Kang esok2 ker sambung pulak.

Korangnyer weekend camana? Story habaq mai, esok I singgah...

I followww....

.

BELON PURPLE

.
Babah dia tgh pilih2 suar kat kedai baju-bajan harga patut. Yang anak dah tak senang duduk, asik nk berlari ke playarea tadi tu kan. Rasuah lagilah. Belon ada kepala bunny ni singgit jer. I loikeee... kalau kat tempat lain, busuk2 2 hinggit kan?

Syok sendirilah dia layan belon tu. Tak basahla ketiak I kan, sebab dia main setempat. Hehehe.


Turun bawah, nk kuar dah. Sementara tunggu babah pi toilet sat, Aisyah nampak beg gambo CARS (kartun CARS tu) kan mcm ROARY THE RACING CAR (PHDC pepagi). Duduk bersila dia kat situ....


Kuar dari Selayang Mall, masuk pulak cot memot. Cuci mata.

I followwww....

.

Sunday, November 23, 2008

SELAYANG MALL

.
Sampai fly over Selayang, tetiba Babah mencah belok ambik kiri. Layan Selayang Mall pulak. Nk beli CD game PS2. Laki I ni memang pemurah kemain dgn anak2 buah dia yg ramai bergenut kat umah Nenek nih. Cuti skolah katakan. Bang, belanja I tiket James Bond lagik bagus bang drp beli CD tak pekdah tu :P

Mencah nampak jer CD gambo Otromen dan yg sewaktu dgnnya, mulut tak abes2 Amennn... Amennnn.... Nampak spongebob, Bobopp.... Nampak fish (segala menatang yg dok dlm air), pishhhh...

Naik tingkat atas sekali nk solat Magrib. Kantoi lagi kami laki bini. Ada play area jugak kat atas tu. Tapi syiok, org tak ramai. Mencah apa lagikan.... sakan la...


Merry-go-round. Hok ni mahal sikit. Baper tah..malas lah.


Hok ni FREE kalau duduk saja. I loiiike! Kalau nk bagi dia godek2, singgit.


Jumpa jejaka idaman Bkt Beruntung. Ilham, yg baju collar merah - anak kawan Babah.


Tak syiok. Tempat duduk dia jauh dr stereng. Payah dia nk tekan punat2 tu.


Hok ni jugak yg dia suka. Saya turun dari surau, tengok stereng tu dah longgar. Diam2, dukung anak, blah dari situ.

Jumpa kedai maju murah-murahan yg bukan bundle. Babah ajak benti tengok2.

I followwww....

.


BAPAK THOMAS

.
Anak dah flat, layan membotol dlm stroller. Beg anak si bapak la kena menggalas kan?
Mak dia tak leh galas, mau rabak beg tu nk masuk lengan besau Mak Cik Rehan nih!




Terpikir gak aku nk kenakan en somi nih, nk pasang harness tu kat belakang dia masa dia tgh asyik pilih suar. Pastu kami 2 beranak follow dia dari belakang! Hahahaha.... Mental ke hapa!

Kuar dari Care4, ingatkan nk balik terusla kan. Tak abih lagik rupanya.Pasal tu aku kata kami 3 beranak merentas desa.

I followww.....

.

CARREFOUR LAGIK



Satu hapah kami tak beli kat care4 nih. Suami saya yg mulia ni (bodek lagiii) skang ni memang pengguna/ pembeli berhemah betul. Dan saya turut bersetuju dgn dia, brg kat care4 manyak mahal banding dgn Tesco (puji lagi nih...bila nk sign kontrak nih?)



Kesian betul... anak sapalah yg malang kena pakai costume ni weh? Sikit punya besau! Kaler dah mcm Barney, tu yg Mencah ala2 tertawan. Siap dipeluk-peluknya. Ini bukan Barney nak... ini Mak sedara tiri Barney...



So, sementara babah dia solat, saya rasuah si budak kecik ni masuk playarea. rm3, mainlah ko sampai lebam! Syiok arr...tak yah nk basah ketiak, saya monitor dari kejauhan jerr.


Anak dara ku dikelilingi jejaka2 tampan :P


Aksi primadona gitu...


Saya tak lunch thgari. Kat sana aku dah ketor lutut lapau. Pekena Megi goreng.
Lepas makan, en. somi ajak merayau kat outlet2 kecik-kecik kat dlm Care4 tu.

I followww....


.

Tuesday, November 18, 2008

ALTER SUAR


Seluar ni punya lah lama dah dapat, tapi saya malasss banget nk alter. Seluar uniform keje babah mencah. Alkisahnya, Sabtu tu kan sayer membizi dgn jamuan kat opis. Ahad tu plak cuaca mandom. Makanya, laundry saya sedikit terjejas. Senang citer, suar keje laki aku dok berendam dlm mesin basuh. Org tua tu mlm kang nk berangkat dh. Kelam kabutlah sayer meng'alter'.
Hik hikhik....

Pagi Ahad tu terpaksa jugaklah godek mesin jahit nih. Ni nenek Onah punya, tp dia tak geti pakai pon. Along (kak ipar) yg rajin guna - alah, takat jahit kain batik, seluar tembus, alter kain. Gitu2 jer.

Mak aii...bersepah tak hengat. Tu...be2 bersusun tepi mesin tu, kami 3 beranak yg punya. Kan pegi Setiawan aritu, tak abih simpan pon lagi baju-bajan dlm beg tu. Bukan Setiawan jer, yg aku pegi training kat KLCC dulu pon blom kemas lagi! Yg ada kain batik tu sebenarnya pelapik iron board. Biasala, segala mcm mak nenek kain-main berlonggok atas tu. Hihihi...

Bukanlah nk eksen kan, tapi kalau setakat alter hujung kaki seluar tu, memang sayer terrer kemainlah kan. Hehehe. Saya lahir dalam keluarga celik mesin jahit gitu. Infact, masa dodulu (zaman lepas2 SPM) sayer jahit sendiri baju kurung. 3,4 bulan lepas, baju2 tu masih boleh ku pakai. Skang tidak lagi.... kan membesar bagai johan.

Eh, bila kalanya aku nk start mendiet kan? Aritu dah poyo2 spread news kata nk start. Okeh la.., soon ekk...very soon..hehe.


Gambar arkib.


Mujurlah masa mak dia menjahit, budak ni dok tido kat bawah. Kalau tidakkkk.....


.

Monday, November 17, 2008

AISYAH HAS RECOVERED



Aisyah dah getting better. Infact, ptg semalam kami bawak dia pegi JJ Kepong. She behaved well. Kami tak bawak dia pegi play area as usual. Dia kan baru jer nk recover. Play area dlm JJ tu padat dgn bebudak cuti sekolah. Nanti kang mcm2 virus plak yg dikutipnya kan.

Rasanya weekend baru ni byk saya buat entry. Tah kemana-mana hala peginya, tak moncol2 pon. Hehehe...auto publish kononnya. MIA terus. gasaklah. Kose nk menggodek.



Asal mama atau babah dia mengadap laptop, dia mesti nk menyendat sama. sana sini tekannya. Mouse saya sudah 2 ekor terkorban dikerjakan budak ni.

Dah boring main komputer, dia ambik surat kabor, lap dinding!
Mana dia belajar lap dinding dgn surat kabo? Nenek Onah lah... selalu sgt dia tgok nenek cuci sliding door pakai surat kabo kan? Hah... true enough lah kan, children learns from observation. kalau yg baik ok lah..kalau yg tak elok yg dikutipnya?

Saya jerit panggil suami kat dlm bilik. Suh dia dtg tengok anak dara dia ngelap dinding. Then Babah tunjuk dia sliding door. lap kat sini la Aisyah...



Monday, June 16, 2008

Selamat Hari Bapa

Nenek Onah kata; hari ni hari jadi bapak! Hahaha...cam kelakar jer bunyinya...tapi betul jugak kan... maknanya harini adalah hari jadi untuk semua bapak2 sedunia ~lol~

Takder apa2 yang menarik, as me and hubby bukan jenis nk celebrate bagai nak rak mender2 cenggini. Dari pagi sampai ptg, kami bergolek jerla kat rumah melayan our little monster; Mencah. Ptg sikit baru hb ajak pi jenjalan TESCO (mcm acara wajib plak pegi TESCO ni tiap2 minggu. hehe..)

Beli brg2 dapur sikit, brg2 Mencah and the best part is brg2 camping! We are looking into outdoor activites! Kami mkn kat foodcourt kat Tesco tu. Spt biasa..am a fish lover...salmon steak. I lurrrve the lemonade sauce! Mcm nk google cari resepi dia nnt. Gambar tarak! segan arr nk snap gambo makanan. Kat food court jer...cam org jakun lak karang. kalau fine dining ok la gak kan...hehe...





This is Mencah dlm troli TESCO. Masa ni dah nk balik. Mata dia dah berat sgt...mengantuk!



Dalam keter Mencah tido sekejap. Lagipon dekat jerk. Sampai je umah, bila nampak babah dia tgh godek2 nk try pasang khemah...terus dia jadi super power! Haha...excited yg amat anak mama ni... sampai Atuk terpaksa pegangkan dia while me and hb nk pasang khemah tu. We bought 6 camper at rm50. kalau 4 camper only rm39.





Macam dah tak sabar2 sgt nk pegi camping! dipeluknya beg khemah tu.....







Macamana lah kami nk pasang khemah tu kalau this little monster ni dok sibuk nk masuk, nk pijak, nk berguling kat atas khemah yg baru dibentang...haihhh.....dah la mulut dia bising kemain!





Yang ni plak sibuk nak galas sleeping bag... senget2 badan dia nk balance kan sleeping bag yg lebih kurang sama berat dgn dia ~lol~




At last.... we manage to fix it!



Babah, lemme be the first...



Nak test baring2 jap....wah...luas la kat dlm ni.
Hey guys, lemme tell u...my Babah bought this 6 persons tent (eventho there were only 3 of us!) cos both mama and babah were as big as 4 person!




This is so cool! I cant wait...!!



So, agaknya bila kami boleh rasmikan khemah ni kat atas tanah ekk???

Calling for Nieza, Zell and the rest!

Anyone dare to join us?



p/s : Happy Father's Day to all cool daddys out there!


.