DIARY DIET MAKCIK REHAN

RECENT COMMENTS

Sunday, November 30, 2008

JOGGING SAMPAI MERENYAM

.
Haku ni kan, sampai tatau nk update story kat blog mana. Kengkadang entry haku dh mcm redundant (boleh pakai word ni? bantai jerlah!) Korang tau kan, sayer ada 2,3 ker 4 blog tah. Tp mandangkan blog mencah ni kira haku punyer premier blog kan (yg lain2 kira sekunder gitu. hehe) makanya haku hapdet kat sinilah yuk...

Ni sayer mau story pasal jogging pecah rekod sayer yg julung2 kali setelah dekat 2 tahun tak menggegarkan otot2 montot. Heh! Tau kan haku diet?

Dah haku sukat makan minum, alang2 haku nk la jugak kasi gegar lemak2 ni kan. Honestly lah, haku dulu sebelum kawin, beranak-pinak kan, mmg kaki jogging kat Taman Jaya depan Amcorp Mall tuh. Tmn Tasik tu menjadi saksi suka duka sayer mengawal kembang kempis badan ku ini.

Start dari hari Khamis lagi haku dh ckp kat laki, Bang Sabtu jom kita kasi gegar Tmn Metropolitan Kepong tu...laki aku hangguk jer. Pastu mlm semlm kami tuko plan, buat per ngabihkan minyak setangki pegi jejauh2. Kan Taman Tasik Soon Huat ada. Soon Huat tu nama pasaraya depan tasik. Haku lupa apa nama tasik tu, tmn tasik teratai ke hapa tah.

Pagi tadi patutnya nk bawak si Mencah ni sama. Sian lak nenek onah nk jaga dia, mak pak dia sedap meronggeng tepi tasik kan. Tp pagi tadi anak haku tu punya la liat nk bgn. dah jenuh kami kaco dia, dokong turun bawah dia boleh terlentok tido lagi. Ni semua bahana mlm tadinya kami melepak kat futsal court sampai kat kol 10. Anak aku kalau ikut skedul dia, kol 8.30 dah lelap. Kalau lambat dr waktu tu, makanya sok pagi kompom dia qada' tido. Sudahnya haku bubuh dlm buai dan terpaksa la tinggalkan dia. Kejap jer ponnnn...

Ginilah roper tasik tu di pagi hari. idok la pagi benau. eh tp gambo ni aku dah tambah cahaya. kalo idak golap sgt, mcm aku bejoging di subuh sepiei lak karang.



Laki haku jgn harapla nk layan jogging mogging ni kan. Dia lagi sanggup main futsal ke, bola ker, badminton ke hapa walaupon kena bayar sewa court. So, dia jadi bodigad jerlah sambil lempar mata kail dlm tasik. Senaman lengan katanya. iyolah tu...

Aku? Ya rabbi... nk menyusun tapak nk keliling tasik yg tak sebesar mana tu punyalah hazab wei! berat kemain aku rasa. sekali aku melangkah, aku rasa mcm bergegar satu badan. Aku lari dlm 10 langkah jer, lepas tu haku jalan kaki jer weh. Laki aku dok usha jer dari jauh sambil gelak2. Mencikk tol... Bang, sponsor i pegi liposuction la senang banggg....




Lepas habis satu pusingan, aku dah mengah semacam. Pastu aku lepak ilangkan mengah kat area 'gymnasium' nih. byk alat yg rosak. sempat la haku uh-ah uh-ah sesikit. Penatnya....

Nak eksen dgn laki aku punya pasai, aku gagahkan diri buat satu lagi pusingan. Bukan berlari pon..jalan jerk. Masa ni ya rabbi... punyalah gatal peha aku weh! Kan kalau kitani dh lama tak exercise, mula2 kita buat peha kan rasa gatal merenyam. Haaa...mcm tu lah aku rasa. Tadak segan silu dah haku menggaru sambil berjalan. gatal ya amat. sampai jer kat port mancing laki aku, terus haku duduk kat situ, menggaru tak hengat.

Lepas tu haku tak habih2 goda laki aku, Bang jom pi teratai (nama restoran). Abg mkn roti canai, saya mkn roti bakar jerr. Mampuih laki aku tak pecaya ckp aku weh. Dia tau, kang sampai sana sure aku ngelat bantai roti canai 2 keping tak pon nasik lemak telur mata sepinggan terak!

Balik tu terus tala ke umah! uwaaa...zalim tau bang!

Kat umah aku tala bihun goreng nenek onah sepiring penuh! Dah la kat umah ramai org, bila aku mkan, memasing perli aku... aii, tak kan nk replace balik apa yg dah burn tadi kot?

Jahat korang! Tunggulah Makcik Rehan kurus nanti...cewahhh!

.