DIARY DIET MAKCIK REHAN

RECENT COMMENTS

Showing posts with label AISYAH IN ACTION. Show all posts
Showing posts with label AISYAH IN ACTION. Show all posts

Wednesday, December 17, 2008

TESCO TAIPING

.
Walau dimana kami berada, TESCO jugak pilihan hati. Hehehe.

Kalini kat TESCO Taiping pulak. Saja bawak maktok, tok ayah dan A'aa jalan2.

Acara wajib, main kat play area sampai lebam!



Nasib baik ada helper!



Tengok, Babah dia pon kemain senang hati sbb ada helper yang tolong dia mengawal selia anak dara dia yang buas tu. Bang, kontrol sikit lobang idung tu bang. Hehehe...

.

Tuesday, December 16, 2008

EKSPLORASI TALI AIR

.
Jalan ni baru dibina untuk memudahkan mesin padi dan kaboota kuar masuk ke bendang. Betul2 sebelah umah Mak Tok. Sepanjang kat kampung baru2 ni, kat sinilah kami 2 beranak membasahkan ketiak. Bapak si Mencah sibuk menduga laut (mancing daaa...) Memang seronok bagi Aisyah lepas lari di sini. Tak ada moto yang lalu lalang dan mcm2 benda baru boleh dipelajari. Mcm2 haiwan ada, cuma penguin jer yang tak ada. :P



Pagi-pagi ada banyak rama2 berterbangan mengerumuni pokok2 bunga yang tumbuh meliar di kiri kanan jalan. Cantik sgt sbb rama2 ni terbang secara berkumpulan. Aisyah sangat teruja. Kita ajarkan dia sebut but-ter-fly. Yang dia dpt : feff-fy! kuar angin jer lebih. Hehehe. Cute jer bunyinya.



Nampak jer burung terbang, dia dah menjerit2 : Woooowwwwww!! bird! bird! (sambil tak henti2 tunjuk kat langit). Selagi kita tak sahut, selagi tu dia dok ulang, bird! bird! bird!




Bahagian yang warna hijau tua tu sebenarnya tali air yang dipenuhi rumput. Tapi masih boleh nampak anak-anak ikan berenang dlm tu. Terjerit-jeritlah Aisyah, pish! pish! pish!




Yang ni pulak reban ayam tok ayah. Aisyah jerit : Ayam! Ayam!
Tuuuu..dia tgh seronok main pijak2 dalam lopak selut yang belum kering. Habis belemoih croc cap ayam dia tu :P



Aisyah tgh training cara2 menggembur tanah dlm pasu bunga :P
Yg tudung hitam tu Untie A'aa, adik saya.



Ini kami!

.

BABY TUA NAIK WALKER

.
Seperti dijanjikan. Sambungan story raya haji kat kampung haritu.

Walker ni mmg tok ayah sediakan untuk cucu-cucu dia bila balik kampung. Pemilik asal of coz big bro Shawqee (cucu sulung). Mencah masa kecik2 pon dah penah naik walker ni. Sepatutnya skang turn Rafeeq (adik Shawqee) untuk guna walker ni, sbb tu tok ayah kuarkan siap2 dr store.

Tapi sbb kami sampai dulu kat kampung kan, Mencah lah yg tolong test drive dulu.


Panjang tak panjang nyer budak ni skang, dia pandai masuk-kuar sendiri dari walker tu. Suka betul dia main dgn walker nih. Tengok tu, bawak keta siap ada henfon tu...

Yang lawaknya, bila dia nk lalu kat bendul pintu ker, tikar ker, pandai plak dia angkat walker tu dan kedek2 jalan pastu bila sampai kat smooth surface, dia landing balik roda walker tu.

Ada one time, saya tgh basuh pinggan kat dapo. Tetiba dengar suara dia kat belakang sambil tarik2 baju saya : Nak susuuuu..!

Mak tok kata : Orang dah pandai bawak kereta mana boleh suruh mama buatkan susu dahhh...

Hahaha....

.

Monday, December 15, 2008

THE MASK OF ZORRO

.
Seminggu sebelum raya haji kejadian ini berlaku (maksud saya parti itulah....) Kawan babah Mencah zaman sekolah punya anak. Saya tak pegi (kan diet :P). Depa 2 beranak jer yang pi. Sepelaung jer pon dari umah.


Ada badut, Mencah takut. Tapi belon pintal2 tu tetap dia nak.



Style dia pegang makanan dgn 3 jari mcm tulah. Biskut ker, buah ker, dia kepit mcm tu jugaklah.



Pegi kejap jer. Basah ketiak babah kot . Hihihi. Balik umah kami geledah goodie bag dan paksa dia pakai topeng zorro nih.



Kan mcm zorro nk bersiul panggil kuda kan? Padehalnya dia tgh gigih nk bukak sumi tu...

Pasan tak baju gown nih? Patutnya nk pakai masa raya haji kat kampung. Sekali babah suruh bawak pergi parti daa.....

.

Saturday, December 13, 2008

AMEN !

.

Amen = Ultraman = Spiderman = Superman = Transformers = segala mcm mak nenek robot dan resakser.

Saya lah yg mula ajarkan pada dia word Ultraman ni dulu. Tak sangka lekat pulak perkataan tu sampai sekarang. Dan, dah makin pandai... semua kartun2 yg lawan2 tu dia panggil amen. Kalau kartun yg comel2 tu dia panggil atun!

Helmet ni my sis belikan utk Shawqee (anak sulung abg saya) lama dulu sbb shawqee suka naik motor. Tp tak ak pakai pon bila naik moto, main2 dlm umah jer. Skang, bila Aisyah nampak helmet ni terus dia sebut Amen! Mula2 kami ni dok ingat kenapala dia sebut amen kat helmet tu, rupa-rupanya kat luar helmet tu ada sticker spiderman. Alahai, pandainya budak sorang ni.. (peringatan : Ini adalah entry untuk memuji anak sendiri)



Maka diusunglah helmet berat ni kulu kilir dlm umah. Mengekek kami nengokkan dia tehuyung hayang nk bawak helmet berat tu atas kepala. Siap suruh turunkan plastik 'full-face' tu kat muka dia.

.

Friday, December 12, 2008

MY OLD BUNNY

.

This old bunny used to be mine. Bought this when I was 17. Wallaweyyy... been keeping this for 13 years! Ada kisah bunny ni...

Back in 1996, me and my roommates (geng bebudak asrama) decided to buy something as a 'kenang-kenangan'. 'That thing' has to be cheap sbb time tu kami kan geng bas sekolah (GBS) lagi. Semua al-kopak wal pokai gitu. Makanya, not so long before SPM, we went out together dan jumpa Bunny ni kat pasaraya extra kat town Ipoh. Kalau tak silap itulah nama pasaraya tu. Skang rasanya dah lesap dah supermarket tu.
Mintak Dive Ipoh tolong sah kan ekk. hehe.

At that time I did mentioned to the rest of my GBS or better known as RKBBians, kita simpan menda alah ni sampai anak-anak kita nnt leh main menatang ni. Saya pon dah tak ingat pasal bunny ni sebab tatau kat celah mana mak saya simpan. Tetiba masa balik kampung kalini bunny ni dah 'terkeluar'. Maybe sebab mak dah mengemas-ngemas dan terjumpa...

Bila saya tengok Aisyah kemain suka main dgn Bunny yg dah usang nih, jiwa nurani saya sedikit tersentuh dan terkenang saat2 muda remaja dulu. Goshh... time really flies! Rasa mcm baru semlm saya ambik SPM....

Sengaja kami tinggalkan Bunny tu kat kampung walaupon mak saya suruh bawak balik ke Rawang supaya Aisyah boleh terus bermain dgn si bunny ni. Entah kenapa, saya rasa sesetengah 'benda' should remains as it is rather than bringing or transforming it into somewhere else. Saya mahu memori manis itu kekal di rumah mak supaya tiap kali kami pulang ke kampung, ada sesuatu yang indah untuk dikenang.

Sian mak ayah aku kan, sofa pon dah koyak-koyak haa.... hehehe. Selingan.






Wahhh... apsal entry saya ni ala2 down memory lane sikit nih...






.

Friday, December 5, 2008

MCM IKAN DUYUNG DA....

.

Gambar Mencah ni anak buah babah Mencah emailkan pada saya semalam. Saya rasa dia sgt comel dan gedik dlm gambar ni. Tatau bila dorang snap gambo budak ni. Agaknya masa awal cuti sekolah baruni sbb diorang dtg bercuti kat umah nenek onah.

.

Thursday, December 4, 2008

KAKAK

.

Minggu lepas Babah bawak dia pegi buffday party anak kawan. Dpt goodie bag-di dalamnya ada sticker Cinderella. Dia main lekat2 kat dinding umah dengan kakak sepupunya.

Atuk marah2 manja kat cucu-cucu dia yg lekat2 sticker kat dinding, mcm umah k****g kata atuk. Atuk tanya dia : Ni sapa yg lekat sticker kat dinding ni...?
Dia tuduh jawab .. KAKAK!

Semalam saya bawak dia jalan2 dlm keter. Selisih dengan budak2 lelaki main bola tepi padang. Saya tanya : Saper tu?
Dia jawab..ABAM! --> abang

Selisih dgn budak2 perempuan main basikal. Saya tanya dia : Saper tu?
Jawab dia.. KAKAK!

Semalam masa Babah dia balik keja, saya point kat babah dia
dan tanya : Ni saper nih?
Jawab dia.. BABAH!

Kemudian saya point kat diri sendiri dan tanya dia : Ni saper?
Jawab dia.. KAKAK!

Hari Selasa lepas, saya belikan crop (cap ayam) baru utk Mencah. Sukanya dia....
Saya naik atas untuk mandi dan solat.

Saya turun bawah, dan Nenek Onah bercerita : Mak tanya dia... kasut cantik adik sapa beli?
Jawab dia.. KAKAK!


Errrrkkk.....

.


PETANG SEMALAM

.

Maaf kawan2 blogger sekalian, 2,3 harini saya takde mood nk menerjah blog kalian. Bukan sbb frust tak dpt DPLI tu. Itu mender kocik jerk. Cewahhh!

Kan tgh diet, makanya berlaku penjimatan tenaga. Nanti nk kena klik2 dan perah otak kalau baca blog org. Muahahaha...

Semalam masa tunggu babah mencah balik keje - actually dia dah balik, tp pi melepak kat kedai midon, sayer sms dia suh balik cepat sbb bini dia ni menggedik nk ajak main badminton. Ahaks.. kan I diet, lupa?

Sementara tunggu suami sampai, saya klik2 pichas la dgn mencah. Sungguh gerdix! Diva Rawang kekdahnya...muahahhaha...




.

Monday, December 1, 2008

SAVINGS SALE?

.
Memang saving giler. Pegi One Utama, hapah pon tak beli. Jiwa raga tak tenang nk milih brg pasal lupa bawak stroller Aisyah. Sakek pinggang nk mendokong. Nk mencari paking pon azab dah. Ummat Muhammad punya la ramai. Kami laki bini yg memang tak 'sajak' nk shopping memahal ni kan...sudahnya balik ke port biasa yakni TESCO extra Selayang (blom ada duta lagi kan?)


Sempatlah bagi can si Aisyah membuas kat area mainan JJ sementara tunggu babahnya milih brg. Sudahnya, satu mender pon dia tak beli.



Bawak masuk toys r us, laptop menan jugak yg jadi fav dia. Nk jadi IT engineer ker anak aku nih? Jgn jadi blogger merepek mcm maknyer sudahhh...



Kesian nengok dia mencangkung, sayer letak dia atas car seat nih. Ha..mainlah sampai lebam!



Diakhiri dgn early dinner di Johnny's steamboat. I likeee... kan i diet...lupa?

Kat TESCO sayer dah lebam, dah tak kose nk nangkap gambo. Infact, henpon pon tinggal lam keter. Beli groceries, toilettries itu ini begitu begini...zass.. terus balik rawang.

.

Tuesday, November 25, 2008

BELON PURPLE LAGIK

.
Hari Ahad pnya story. Kan Sabtu tu masa merentas desa saya belikan dia belon kepala bunny nih. So, hari Ahad kami tak kuar kemana. Melayan dia main2 dlm umah jer. Nk kuar kat laman, cuaca tak berapa bagus. Mandom.



Gigit.


Sambil layan TV



Nk bukak dr cup dia...


Hayun satu alam.


Picit.


Saya balik keja semlm, Nenek Onah membuat laporan - belon sudah pecah di himpap oleh budak bertuah nih. Melayang singgit duit mama nakkkk....

.

Monday, November 24, 2008

BELON PURPLE

.
Babah dia tgh pilih2 suar kat kedai baju-bajan harga patut. Yang anak dah tak senang duduk, asik nk berlari ke playarea tadi tu kan. Rasuah lagilah. Belon ada kepala bunny ni singgit jer. I loikeee... kalau kat tempat lain, busuk2 2 hinggit kan?

Syok sendirilah dia layan belon tu. Tak basahla ketiak I kan, sebab dia main setempat. Hehehe.


Turun bawah, nk kuar dah. Sementara tunggu babah pi toilet sat, Aisyah nampak beg gambo CARS (kartun CARS tu) kan mcm ROARY THE RACING CAR (PHDC pepagi). Duduk bersila dia kat situ....


Kuar dari Selayang Mall, masuk pulak cot memot. Cuci mata.

I followwww....

.

Sunday, November 23, 2008

SELAYANG MALL

.
Sampai fly over Selayang, tetiba Babah mencah belok ambik kiri. Layan Selayang Mall pulak. Nk beli CD game PS2. Laki I ni memang pemurah kemain dgn anak2 buah dia yg ramai bergenut kat umah Nenek nih. Cuti skolah katakan. Bang, belanja I tiket James Bond lagik bagus bang drp beli CD tak pekdah tu :P

Mencah nampak jer CD gambo Otromen dan yg sewaktu dgnnya, mulut tak abes2 Amennn... Amennnn.... Nampak spongebob, Bobopp.... Nampak fish (segala menatang yg dok dlm air), pishhhh...

Naik tingkat atas sekali nk solat Magrib. Kantoi lagi kami laki bini. Ada play area jugak kat atas tu. Tapi syiok, org tak ramai. Mencah apa lagikan.... sakan la...


Merry-go-round. Hok ni mahal sikit. Baper tah..malas lah.


Hok ni FREE kalau duduk saja. I loiiike! Kalau nk bagi dia godek2, singgit.


Jumpa jejaka idaman Bkt Beruntung. Ilham, yg baju collar merah - anak kawan Babah.


Tak syiok. Tempat duduk dia jauh dr stereng. Payah dia nk tekan punat2 tu.


Hok ni jugak yg dia suka. Saya turun dari surau, tengok stereng tu dah longgar. Diam2, dukung anak, blah dari situ.

Jumpa kedai maju murah-murahan yg bukan bundle. Babah ajak benti tengok2.

I followwww....

.


CARREFOUR LAGIK



Satu hapah kami tak beli kat care4 nih. Suami saya yg mulia ni (bodek lagiii) skang ni memang pengguna/ pembeli berhemah betul. Dan saya turut bersetuju dgn dia, brg kat care4 manyak mahal banding dgn Tesco (puji lagi nih...bila nk sign kontrak nih?)



Kesian betul... anak sapalah yg malang kena pakai costume ni weh? Sikit punya besau! Kaler dah mcm Barney, tu yg Mencah ala2 tertawan. Siap dipeluk-peluknya. Ini bukan Barney nak... ini Mak sedara tiri Barney...



So, sementara babah dia solat, saya rasuah si budak kecik ni masuk playarea. rm3, mainlah ko sampai lebam! Syiok arr...tak yah nk basah ketiak, saya monitor dari kejauhan jerr.


Anak dara ku dikelilingi jejaka2 tampan :P


Aksi primadona gitu...


Saya tak lunch thgari. Kat sana aku dah ketor lutut lapau. Pekena Megi goreng.
Lepas makan, en. somi ajak merayau kat outlet2 kecik-kecik kat dlm Care4 tu.

I followww....


.