DIARY DIET MAKCIK REHAN

RECENT COMMENTS

Showing posts with label Shoppinggggg. Show all posts
Showing posts with label Shoppinggggg. Show all posts

Friday, November 28, 2008

NEW GOWN FOR AIDILADHA

.

I love Rasa (dah baper kali haku sebut kan?) Sebabnya, baju2 yg org jual online, boleh kubeli dgn murah banget di sini di pagi hari. Ada sorang dua apek yg meniaga baju2 cenggitu di sini.

Kan nak raya haji. Minggu depan depan kan nk balik Parit Buntaq..hehehe. Mak pak dia takde baju baru takpa, tp anak depa mesti la kena ada at least sehelai pon jadila.

Ohh ya, sapa nk baca update diet haku, sila terjah blog MR ya!

.

Sunday, November 23, 2008

BAPAK THOMAS

.
Anak dah flat, layan membotol dlm stroller. Beg anak si bapak la kena menggalas kan?
Mak dia tak leh galas, mau rabak beg tu nk masuk lengan besau Mak Cik Rehan nih!




Terpikir gak aku nk kenakan en somi nih, nk pasang harness tu kat belakang dia masa dia tgh asyik pilih suar. Pastu kami 2 beranak follow dia dari belakang! Hahahaha.... Mental ke hapa!

Kuar dari Care4, ingatkan nk balik terusla kan. Tak abih lagik rupanya.Pasal tu aku kata kami 3 beranak merentas desa.

I followww.....

.

CARREFOUR LAGIK



Satu hapah kami tak beli kat care4 nih. Suami saya yg mulia ni (bodek lagiii) skang ni memang pengguna/ pembeli berhemah betul. Dan saya turut bersetuju dgn dia, brg kat care4 manyak mahal banding dgn Tesco (puji lagi nih...bila nk sign kontrak nih?)



Kesian betul... anak sapalah yg malang kena pakai costume ni weh? Sikit punya besau! Kaler dah mcm Barney, tu yg Mencah ala2 tertawan. Siap dipeluk-peluknya. Ini bukan Barney nak... ini Mak sedara tiri Barney...



So, sementara babah dia solat, saya rasuah si budak kecik ni masuk playarea. rm3, mainlah ko sampai lebam! Syiok arr...tak yah nk basah ketiak, saya monitor dari kejauhan jerr.


Anak dara ku dikelilingi jejaka2 tampan :P


Aksi primadona gitu...


Saya tak lunch thgari. Kat sana aku dah ketor lutut lapau. Pekena Megi goreng.
Lepas makan, en. somi ajak merayau kat outlet2 kecik-kecik kat dlm Care4 tu.

I followww....


.

Monday, November 17, 2008

KEPERLUAN VS KEHENDAK



Minggu lepas kalau tak silap, saya singgah HSL circuit city yg agak baru dibuka kat Rawang ni. Besar gabak, tapi jadi gajah putih. I bet, 3,4 bulan lagi mesti tutup. Tak pon pindah lokasi.

Tujuan asalnya saya nk jamu mata tengok2 laptop yg canggih-manggih. Kalau ikut kehendak yg tak relevan, memang nk beli yang baru. Ukur baju di badan sendiri, saya sekadar mencuci mata - sementelah, tak ada satu pon laptop yg dipamer. Kata jurujual cina yg bertugas, kalau ada permintaan, baru kami order. Kan...?? Lagi 3,4 bulan mesti 'hilang' kedai ni.

Alang2 dah masuk kedai. Saya buat mcm 'rumah sendiri', melihat2 brg2 elektrik yg ada sambil jadi mamarazzi - menangkap gambar. (Dan juga sambil berangan utk umah flet saya!) Sebesar2 outlet tu, hanya ada 2 org pelanggan (termasuk saya) yang melenggang petang mencuci mata kat kedai tu.



Mesin basuh yg besar2 beginilah idaman saya. Sebabnya, sekurang-kurangnya seminggu sekali saya akan basuh cadar, selimut, comforter kami anak beranak. Itu belum kira kalau kena muntah, kena bocor Aisyah kencing mlm. Lagilah kerap. Dengan mesin basuh sekarang (kapasiti 7 kilo) mcm semput jer saya tgok dia bekerja.



Yang ini saya dah lupa; sama ada front-loading washing machine atau dryer.


Lepas tu saya merayap pulak ke bahagian peti sejuk.


Sebijik yg macam ni, kami adik beradik tong-tong belikan utk mak saya kat kampung pada harga RM 950 sahaja! TOSHIBA hybrid plasma blablabla bih kurang gitu namanya. Saya malas nk tanya lanjut kat salesmen tu kenapa harga brg kat sini lebih mahal dari di Parit Buntar. Ada yg kena pelangkung karang.



Memang cari nahaslah kalau saya gatal nk propose peti sejuk besar gaban ni kat suami! (walaupon taklah sebesar mana, yet, saya yg turun dapo sekali sekala di kala bulan mengambang, sgt lah tidak relevan nk beli peti sejuk besau cenggini!)


Seterusnya, saya terjah sudut dapur pulak. Memacam jenis dapo masak skangni. Idaman saya glass stove mcm nilah. Owh, mesti ada hud sekali ya! Nanti berasap satu Rawang Idaman pulak kan.





Saya nk tanya pada kawan2 sekalian, dapo masak yg mcm gambar bawah ni, adakah best dan praktikal? Dan adakah selamat? Dan adakah tahan lama? Apsal aku rasa pesen cenggini mcm sedikit ketinggalan zaman? Kerrr... akuni yg ketinggalan jaman?

Boleh buka-katup gitu kan.

**Lawo pulak gambo yg sayer snap pakai henpon cap ayam ni kan**

.

Thursday, September 25, 2008

RAYA UTK SAYA! ;)

Harini saya cuti. Pegi shopping secara solo. My fav place 1 Utama - easy access, senang parking dan tempat tu jer yg haku familiar. Hahaha...

Misinya : Beli brg2 Mama. No more brg2 Mencah!

But... cannot lah... coz Im sooo...addicted to her!

Anyway, saya berbelanja secara berhemah taww... Saya beli 2 helai blouse saiz 'istimewa' dan sepasang kasut. Bila saya tunjuk kasut tu kat suami, dia boleh bantai gelak kat bini dia nih. Dia kata saya pakai kasut tu mcm tak belen! Grrrr.... tu nk kutuk kelebaran dan kebesaran kaki sayer la tu!




Dan ini kasut raya Mencah yg saya kata matcing dgn gown pink karer dia. Beli kat Hytex warehouse sale 3 minggu lepas.


Oh ya, harini suami saya murah rezeki. Dapat hamper Raya dari vendor. Besar betul hamper tu - dibungkus dalam kotak yg tinggi. Mula2 saya ingatkan suami saya beli peti ais baru!

Saya kata kat dia : Rasuah ker ni? Dia kata ini rasuah tanpa timbal balas....
Kira nyer mcm buah tgn dari vendor la...

Belasah jer la...hehe.

Mai tengok sketsa gedik si Mencah yg excited tengok hamper yang tinggi 2 kali ganda dia!








.


Tuesday, September 23, 2008

RAYA UNTUK SIAPA?

Wah..byk nya entry utk mlm ni...



Last week masa ambik duit dr western union (From Singaporean Bizkizz's Customer, thanks!) kat CIMB, ternampak notis pasal tukar duit raya. So, saya tukarlah sikit... untuk budak2 yg datang beraya kat kampung nnt...

MAKNANYA, RAYA UNTUK BUDAK-BUDAK....

Pagi tadi masa kat opis, saya teruja baca fotopages Zell. Mak datuk banyaknya baju Yayep! Persiapan Raya si Mencah biasa2 jer... tapi bila tertengok koleksi baju Yayep yg mcm orang duduk kat negara 4 musim... hati kecil Mama Mencah ni bagai digaruk-garuk!


Maka, balik dr opis tadi....singgah la saya kat World of Babies kat Rawang ni... Maka 'terbeli' la baju-baju yg tak berapa lawa ni...huhu...



yg berikut ni plak dah lama beli... (berpegang kpd prinsip, beli bsar sikit takper..leh pakai lama)



Baju raya ank dah ready. Mak dgn Bapaknya, hapah pon belum. Camana nih...


MAKNANYA, SEKALI LAGI RAYA ADALAH UNTUK BUDAK-BUDAK....


.

Tuesday, September 9, 2008

BUKA PUASA @ PTGC

Tak sampai 10 minit dari rumah PTGC ni - Perangsang Templer Golf Club. Nama jer golf club, tapi tempatnya tak la selawa dan semenarik Tropicana tu. Hehehe. Vendor Babah belanja buka puasa. Kami dua beranak tumpang menyendat. Ingatkan nk tukar selera...sekalinya buat tertutup selera lagi ada. Semuanya hampeh2 belaka. Tak perla...chef dia baru belajar masak kot.


Kami sampai awal. Mencah excited bila nampak air pancut. She said : pishhh...pishhh..
Sama mcm perangai Babah, pantang nampak lopak air semua ingat ada ikan.




Dengan gaya ala2 Miss Malaysia yg tengah berarak, mulut tak habis2 tata...tata...sambil tgn melambai-lambai. Senyum sampai ke telinga. Last2, kan dah kena ngorat dgn pakcik guard Nepal! Baru nk kecut perut. Mencah skang dah tak takut org. Tapi pantang kalau org tu nk dukung atau peluk2 dia. Dari jauh berani la dia melambai2....




Kan.... tak abih2 melambai...


**************************************************************************

Last Sunday, I went to Hytex warehouse sale. Beli baju basahan utk Mencah. Shes getting taller. Baju2 lama still can fit, tp senteng nampak perut muncit!


Quite cheap. Tee and Long pants for rm5 per pc. short pants rm3 per pc.


As she loves watching My friends Tigger and Pooh (MFTP) at PHDC, she can identifies Pooh as one of the main character in that MFTP Cartoon series. She keep on pointing to that Pooh pics. I was hoping for more Darby's and Tigger's Tee but couldnt find any. Learned that MFTP was just launced recently...so, biasala kan..warehouse sale kan jual stok2 lama jer. Stok2 yg latest kena cari kat kedai la kan..Uhhh..kose taww..






Gud nite all. Time to sleep.. zzzzz...





.

Friday, July 25, 2008

'Giraffe' ku lari gagah berani...!!

Ptg tadi, check balance account...ehhh...apsal jadi banyak? Owhh..gaji dah masuk. Hehehe... pantang ada duit..mula la pikir apa nk beli. Mulanya nk singgah BB KimWah kat Rawang ni sbb nk beli harness utk Aisyah. (Zell kata nk bagi, tapi cari tak jumpa2 ler tu...) Sekali nampak pulak cik zirafah ni atas rak. Belek2 harga...sgt okeh bebanding little tikes punya. Last unit lak tu. Cash takder nih...tanya SA, credit card accepted for purchases of rm 50 and above kata dia. Selesai masalah...hehe.


Kuar dr BB Kim Wah, ada org jual durian. Lama sgt dah teringin nk makan durian, tunggu En. Somi belikan tak jugak dapat. Sendiri beli, sendiri kopek, sendiri makan. Selesai masalah...hehe. Beli 20 hengget dpt 8 bijik. Semua elok. Alhamdulillah...boleh la my fil mkn durian puas2. Mkn dgn nasi sedap taww!

Sampai jer umah, my MIL kata Mencah asik merengek-rengek. Nak ajak keluar lah tu. These few days, tiap petang saya bawak Aisyah 'drive' keta. Yesss..Aisyah yg drive. She sit on my lap while Im driving. Sangat merbahaya...tahu...hehe. Malas nk pasang carseat. pusing2 keliling kg melayu jer...

Bila saya bukak jer sliding door, Mencah dah dtg terpa! Hulur tgn mintak dukung. Then bila saya kuarkan zirafah ni dari keta, excited terus! Botol susu letak tepi, terus panjat naik. Lepas tu dia asyik main Zirafah ni sampai maghrib. Minum susu pon atas nih!


Tengok TV...



Tengok mama...



Ambik botol...



Bersandar kat situ...


My little monster watching CERIA. Time iklan jer suka pon...


Gerak Geri Gasing



Tom Tom Bak



Scene from Tom Tom Bak. Ada girls dancing. Dia ponnnn....



Colourful...



Iklan dah abis...back to my giraffe.


Monday, June 16, 2008

Selamat Hari Bapa

Nenek Onah kata; hari ni hari jadi bapak! Hahaha...cam kelakar jer bunyinya...tapi betul jugak kan... maknanya harini adalah hari jadi untuk semua bapak2 sedunia ~lol~

Takder apa2 yang menarik, as me and hubby bukan jenis nk celebrate bagai nak rak mender2 cenggini. Dari pagi sampai ptg, kami bergolek jerla kat rumah melayan our little monster; Mencah. Ptg sikit baru hb ajak pi jenjalan TESCO (mcm acara wajib plak pegi TESCO ni tiap2 minggu. hehe..)

Beli brg2 dapur sikit, brg2 Mencah and the best part is brg2 camping! We are looking into outdoor activites! Kami mkn kat foodcourt kat Tesco tu. Spt biasa..am a fish lover...salmon steak. I lurrrve the lemonade sauce! Mcm nk google cari resepi dia nnt. Gambar tarak! segan arr nk snap gambo makanan. Kat food court jer...cam org jakun lak karang. kalau fine dining ok la gak kan...hehe...





This is Mencah dlm troli TESCO. Masa ni dah nk balik. Mata dia dah berat sgt...mengantuk!



Dalam keter Mencah tido sekejap. Lagipon dekat jerk. Sampai je umah, bila nampak babah dia tgh godek2 nk try pasang khemah...terus dia jadi super power! Haha...excited yg amat anak mama ni... sampai Atuk terpaksa pegangkan dia while me and hb nk pasang khemah tu. We bought 6 camper at rm50. kalau 4 camper only rm39.





Macam dah tak sabar2 sgt nk pegi camping! dipeluknya beg khemah tu.....







Macamana lah kami nk pasang khemah tu kalau this little monster ni dok sibuk nk masuk, nk pijak, nk berguling kat atas khemah yg baru dibentang...haihhh.....dah la mulut dia bising kemain!





Yang ni plak sibuk nak galas sleeping bag... senget2 badan dia nk balance kan sleeping bag yg lebih kurang sama berat dgn dia ~lol~




At last.... we manage to fix it!



Babah, lemme be the first...



Nak test baring2 jap....wah...luas la kat dlm ni.
Hey guys, lemme tell u...my Babah bought this 6 persons tent (eventho there were only 3 of us!) cos both mama and babah were as big as 4 person!




This is so cool! I cant wait...!!



So, agaknya bila kami boleh rasmikan khemah ni kat atas tanah ekk???

Calling for Nieza, Zell and the rest!

Anyone dare to join us?



p/s : Happy Father's Day to all cool daddys out there!


.