DIARY DIET MAKCIK REHAN

RECENT COMMENTS

Showing posts with label BABAH. Show all posts
Showing posts with label BABAH. Show all posts

Sunday, November 23, 2008

SELAYANG MALL

.
Sampai fly over Selayang, tetiba Babah mencah belok ambik kiri. Layan Selayang Mall pulak. Nk beli CD game PS2. Laki I ni memang pemurah kemain dgn anak2 buah dia yg ramai bergenut kat umah Nenek nih. Cuti skolah katakan. Bang, belanja I tiket James Bond lagik bagus bang drp beli CD tak pekdah tu :P

Mencah nampak jer CD gambo Otromen dan yg sewaktu dgnnya, mulut tak abes2 Amennn... Amennnn.... Nampak spongebob, Bobopp.... Nampak fish (segala menatang yg dok dlm air), pishhhh...

Naik tingkat atas sekali nk solat Magrib. Kantoi lagi kami laki bini. Ada play area jugak kat atas tu. Tapi syiok, org tak ramai. Mencah apa lagikan.... sakan la...


Merry-go-round. Hok ni mahal sikit. Baper tah..malas lah.


Hok ni FREE kalau duduk saja. I loiiike! Kalau nk bagi dia godek2, singgit.


Jumpa jejaka idaman Bkt Beruntung. Ilham, yg baju collar merah - anak kawan Babah.


Tak syiok. Tempat duduk dia jauh dr stereng. Payah dia nk tekan punat2 tu.


Hok ni jugak yg dia suka. Saya turun dari surau, tengok stereng tu dah longgar. Diam2, dukung anak, blah dari situ.

Jumpa kedai maju murah-murahan yg bukan bundle. Babah ajak benti tengok2.

I followwww....

.


BAPAK THOMAS

.
Anak dah flat, layan membotol dlm stroller. Beg anak si bapak la kena menggalas kan?
Mak dia tak leh galas, mau rabak beg tu nk masuk lengan besau Mak Cik Rehan nih!




Terpikir gak aku nk kenakan en somi nih, nk pasang harness tu kat belakang dia masa dia tgh asyik pilih suar. Pastu kami 2 beranak follow dia dari belakang! Hahahaha.... Mental ke hapa!

Kuar dari Care4, ingatkan nk balik terusla kan. Tak abih lagik rupanya.Pasal tu aku kata kami 3 beranak merentas desa.

I followww.....

.

CARREFOUR LAGIK



Satu hapah kami tak beli kat care4 nih. Suami saya yg mulia ni (bodek lagiii) skang ni memang pengguna/ pembeli berhemah betul. Dan saya turut bersetuju dgn dia, brg kat care4 manyak mahal banding dgn Tesco (puji lagi nih...bila nk sign kontrak nih?)



Kesian betul... anak sapalah yg malang kena pakai costume ni weh? Sikit punya besau! Kaler dah mcm Barney, tu yg Mencah ala2 tertawan. Siap dipeluk-peluknya. Ini bukan Barney nak... ini Mak sedara tiri Barney...



So, sementara babah dia solat, saya rasuah si budak kecik ni masuk playarea. rm3, mainlah ko sampai lebam! Syiok arr...tak yah nk basah ketiak, saya monitor dari kejauhan jerr.


Anak dara ku dikelilingi jejaka2 tampan :P


Aksi primadona gitu...


Saya tak lunch thgari. Kat sana aku dah ketor lutut lapau. Pekena Megi goreng.
Lepas makan, en. somi ajak merayau kat outlet2 kecik-kecik kat dlm Care4 tu.

I followww....


.

WEEKENDERS @ CARREFOUR



Sungguh gembira cuti weekend baruni. Kerana byk perkara. Nnt saya story the morning glory satu persatu. 1st thing 1st, akhirnya saya berjaya buat dan alter blog 3 column ni. Benda sekejap jadi berejam sbb Streamyx yg sungguh hamsapp! Anda tak suka? x pa, janji saya suka. :P

Sabtu, kami 3 beranak merentas desa. Owhh..tapi Aisyah merentas CAREFOUR naik beskal yang bertambat. Plan asal nk pi tempat biasa, TESCO. (TESCO, silalah lantik kami sbg duta korang, kompom kami tak pegi tempat lain dah pasni!)

Ni anak saya sdg 'test drive' mainan beroda kat Care4 wangsa maju. Akulah ajak dtg sini, saja gatai. Boring ahh...asek Tesco Selayang jer kan. Saje ngabihkan minyak, pegi jauh sikit.


Terlebih melepak lak ank aku dlm ni. Mula2 aku tangkap cam gelap semcm, aku tambah cahaya dah jadi cam bunian lak. Lantak ahh...kose nk ejas. Henpon cap Low Yatt katakan...


Gigih dia nk rungkai basikal tu. Yang depa sediakan utk dihodak dia tamau. Nak yg orang gari jugak....



Ha... dah Babahnya yg beli beg bulu Thomas ber'harness'ni kan, makanya babah dia la yg kena basahkan ketiak follow dia membuas. Kalau mak dia...sumbat dlm stroller jer. Melalak la ko nak... telinga Mama kebal. Heh!


Tuuuu 2 beranak nk apply keje care4 kut. Sorang tolong menyemak..sorang tolong mengemas. I jadi mandurr :P



Kecik besar semua dia nk try. Jenuh ajar suh paddle, tak geti...




Gaya sungguh anak akuni nk menjahanamkan komputer kan? Patutlah laptop mama (eh, silap..babah punya...hehe..) yg dah sangap ni makin semput.


Apabila keadaan menjadi semakin tidak terkawal kat section mainan bebudak, rescue 911 terpaksa bertindak.

I followww....


.




Thursday, November 20, 2008

FROM KOREA WITH LOVE



Our 'Man' is home!

Disebalik kesejukbekuan dan kebizian yang melampau di Seoul, Mencah dapat jugak something from babah dia. Harus ku akui, dlm byk2 mender yg babah beli utk mencah from obersi, yang ni yg paling best. Muehehehe.. bapak-bapak memang bercitarasa 'kureng' hebat berbanding mak-mak kan? korang ibuk2 harus bersetuju dgn aku wehh... Kita kan penshopping tegar kekdahnya...


Makanya, pagini bgn tidur, terus si Mencah mengadap Thomas n frens bersama beg bulu Thomas ni. Harus sayer sorok beg ni lepas ni. Anak sayer yg berintuisi dan enquiry tinggi (jgn tanya aku apa makna perkataan bombastik ni, aku bantai jer bubuh bagi sedap ayat!) dah mula nk mengutil gambar2 dan sulaman kat beg bulu nih.



Lepasni kalau kita outing, Aisyah kena bawak sendiri 'handbag' dia nih. Tak yah mama nk usung diaper beg dia dah. hehe. Yg bestnya, beg ni ada clutch melintang kat depan, so that beg ni tak akan terlondeh dari bahu dia. Pastu dia ada tali kat belakang. So, boleh buat sebagai harness jugak kan.


Bagus abg, pembelian kali ini sungguh berbaloi. hahaha....


Apa yang saya dapat? Nnt next entry saya ceritera ekk... (idok la bombastik mana pon.. bini dia kan tokey! muahahaha....


.