DIARY DIET MAKCIK REHAN

RECENT COMMENTS

Showing posts with label WISHLIST. Show all posts
Showing posts with label WISHLIST. Show all posts

Monday, November 17, 2008

KEPERLUAN VS KEHENDAK



Minggu lepas kalau tak silap, saya singgah HSL circuit city yg agak baru dibuka kat Rawang ni. Besar gabak, tapi jadi gajah putih. I bet, 3,4 bulan lagi mesti tutup. Tak pon pindah lokasi.

Tujuan asalnya saya nk jamu mata tengok2 laptop yg canggih-manggih. Kalau ikut kehendak yg tak relevan, memang nk beli yang baru. Ukur baju di badan sendiri, saya sekadar mencuci mata - sementelah, tak ada satu pon laptop yg dipamer. Kata jurujual cina yg bertugas, kalau ada permintaan, baru kami order. Kan...?? Lagi 3,4 bulan mesti 'hilang' kedai ni.

Alang2 dah masuk kedai. Saya buat mcm 'rumah sendiri', melihat2 brg2 elektrik yg ada sambil jadi mamarazzi - menangkap gambar. (Dan juga sambil berangan utk umah flet saya!) Sebesar2 outlet tu, hanya ada 2 org pelanggan (termasuk saya) yang melenggang petang mencuci mata kat kedai tu.



Mesin basuh yg besar2 beginilah idaman saya. Sebabnya, sekurang-kurangnya seminggu sekali saya akan basuh cadar, selimut, comforter kami anak beranak. Itu belum kira kalau kena muntah, kena bocor Aisyah kencing mlm. Lagilah kerap. Dengan mesin basuh sekarang (kapasiti 7 kilo) mcm semput jer saya tgok dia bekerja.



Yang ini saya dah lupa; sama ada front-loading washing machine atau dryer.


Lepas tu saya merayap pulak ke bahagian peti sejuk.


Sebijik yg macam ni, kami adik beradik tong-tong belikan utk mak saya kat kampung pada harga RM 950 sahaja! TOSHIBA hybrid plasma blablabla bih kurang gitu namanya. Saya malas nk tanya lanjut kat salesmen tu kenapa harga brg kat sini lebih mahal dari di Parit Buntar. Ada yg kena pelangkung karang.



Memang cari nahaslah kalau saya gatal nk propose peti sejuk besar gaban ni kat suami! (walaupon taklah sebesar mana, yet, saya yg turun dapo sekali sekala di kala bulan mengambang, sgt lah tidak relevan nk beli peti sejuk besau cenggini!)


Seterusnya, saya terjah sudut dapur pulak. Memacam jenis dapo masak skangni. Idaman saya glass stove mcm nilah. Owh, mesti ada hud sekali ya! Nanti berasap satu Rawang Idaman pulak kan.





Saya nk tanya pada kawan2 sekalian, dapo masak yg mcm gambar bawah ni, adakah best dan praktikal? Dan adakah selamat? Dan adakah tahan lama? Apsal aku rasa pesen cenggini mcm sedikit ketinggalan zaman? Kerrr... akuni yg ketinggalan jaman?

Boleh buka-katup gitu kan.

**Lawo pulak gambo yg sayer snap pakai henpon cap ayam ni kan**

.

Wednesday, September 3, 2008

SUDAH ADDICT SEMULA

Baru sudah update latest collection kat Bizkizz. Did some net browsing just now.
Browse punya browse...punya browse....jumpa ni! Sangat sesuwei untuk Mencah ku yg monsterly itu kan? Kalau dapat kat Mencah ni.... habis lama boleh tahan tent tu tegak, 10 minit. Lepas tu mesti runtuh dikerjakan Mencah.

There are loads of kid's outdoor stuffs available online (most of it from overseas). Tapi kalau rumahtangga hanya sekangkang kera, baik jgn beli benda2 ni. Buat semak mata, bingit telinga. Harganya tak sampai pon seratus USD, tapi...bila convert to RM plus shipping cost etc...huhuhu...sendiri kira lah. Beli jerlah tent kat TESCO tu. Hihihi.




Tunnel tent.




Playhouse - Funfair theme.






Mobile tent.



What is this? Kelambu tent maybe?? But its cool kan?




Playhouse - school theme.



Playhouse - restaurant theme.



Thursday, June 12, 2008

CUCI MATA

Sejak 2 menjak ni dah jarang sayer update blog. Hehehe..tu tandanya tak ada konflik dgn En. Somi lah tu..hehehe.

Sebab tatau apa yg nk ditulis, sayer nk tepek gambo2 baju gugurl yg saya sukaaaa sgt tengok. Comel... tapi takat boleh tengok jerlah... living cost dah meningkat, kena kurangkan perbelanjaan mender2 yg tak perlu.


Genuine POLO RL Tee. Nak beli harap maklum jerlah kan...habis sebulan gaji mama nnt!






Cun kan... kalau tengok baju-baju mcm ni..buat saya teringat kat Maria Sharapova. Kan design dia mcm baju tennis player... :)





Dan saya sukaaaa sgt baju yg ada patchwork and appliqué mcm ni.... yg saya dpt beli 2 helai utk Mencah kat pasar depan opis ni. Ada Apek naik van buruk dtg jual. Rasanya dia dpt dari over run stocks. So, dapatlah beli murah2....kalau kat butik, dengar citer sampai rm59 sehelai....



Jom tengok shoes pulak....





So, buat ibu2 yg kurang berkemampuan mcm sayer..hehehe..marilah kita pakat2 cuci mata shj. hehehe.....

.

Thursday, May 15, 2008

Rush/ Nautica/ Terios


Sepupu rupa-rupanya diorang nih...


Daihatsu - TERIOS




Perodua - NAUTICA




Toyota - RUSH




Ada sapa2 nk sedekah kat sayer? yg mana-mana pon takpa... ku terima dengan hati terbuka. Tanpa prejudis! :P


Hahaha...last2, yg ini jugaklah yg ku hodak ke sana sini....



Terima kasih si kontot ku...jasamu ku kenang!