DIARY DIET MAKCIK REHAN

RECENT COMMENTS

Monday, November 17, 2008

KEPERLUAN VS KEHENDAK



Minggu lepas kalau tak silap, saya singgah HSL circuit city yg agak baru dibuka kat Rawang ni. Besar gabak, tapi jadi gajah putih. I bet, 3,4 bulan lagi mesti tutup. Tak pon pindah lokasi.

Tujuan asalnya saya nk jamu mata tengok2 laptop yg canggih-manggih. Kalau ikut kehendak yg tak relevan, memang nk beli yang baru. Ukur baju di badan sendiri, saya sekadar mencuci mata - sementelah, tak ada satu pon laptop yg dipamer. Kata jurujual cina yg bertugas, kalau ada permintaan, baru kami order. Kan...?? Lagi 3,4 bulan mesti 'hilang' kedai ni.

Alang2 dah masuk kedai. Saya buat mcm 'rumah sendiri', melihat2 brg2 elektrik yg ada sambil jadi mamarazzi - menangkap gambar. (Dan juga sambil berangan utk umah flet saya!) Sebesar2 outlet tu, hanya ada 2 org pelanggan (termasuk saya) yang melenggang petang mencuci mata kat kedai tu.



Mesin basuh yg besar2 beginilah idaman saya. Sebabnya, sekurang-kurangnya seminggu sekali saya akan basuh cadar, selimut, comforter kami anak beranak. Itu belum kira kalau kena muntah, kena bocor Aisyah kencing mlm. Lagilah kerap. Dengan mesin basuh sekarang (kapasiti 7 kilo) mcm semput jer saya tgok dia bekerja.



Yang ini saya dah lupa; sama ada front-loading washing machine atau dryer.


Lepas tu saya merayap pulak ke bahagian peti sejuk.


Sebijik yg macam ni, kami adik beradik tong-tong belikan utk mak saya kat kampung pada harga RM 950 sahaja! TOSHIBA hybrid plasma blablabla bih kurang gitu namanya. Saya malas nk tanya lanjut kat salesmen tu kenapa harga brg kat sini lebih mahal dari di Parit Buntar. Ada yg kena pelangkung karang.



Memang cari nahaslah kalau saya gatal nk propose peti sejuk besar gaban ni kat suami! (walaupon taklah sebesar mana, yet, saya yg turun dapo sekali sekala di kala bulan mengambang, sgt lah tidak relevan nk beli peti sejuk besau cenggini!)


Seterusnya, saya terjah sudut dapur pulak. Memacam jenis dapo masak skangni. Idaman saya glass stove mcm nilah. Owh, mesti ada hud sekali ya! Nanti berasap satu Rawang Idaman pulak kan.





Saya nk tanya pada kawan2 sekalian, dapo masak yg mcm gambar bawah ni, adakah best dan praktikal? Dan adakah selamat? Dan adakah tahan lama? Apsal aku rasa pesen cenggini mcm sedikit ketinggalan zaman? Kerrr... akuni yg ketinggalan jaman?

Boleh buka-katup gitu kan.

**Lawo pulak gambo yg sayer snap pakai henpon cap ayam ni kan**

.