DIARY DIET MAKCIK REHAN

RECENT COMMENTS

Monday, November 10, 2008

RAWANG - SETIAWAN - LUMUT - RAWANG (PART III)


Photos lagi.




Dua gambar takde kepala ni Atuk yg ambik. Kononnya nk bagi can mama plak masuk frame kan. Atuk buat lawak betoi la... sampai nk terguling2 gelak tgok gaya dia nangkap gambo. Kejap2, eh tanampak kepala. kejap2, eh tanampak kaki, kejap dia tenung ke depan, kejap tarik jauh, kejap kenyit2 mana (mcm nk ambik gambar dulu2 tu...) hahahaha...





I kurang masuk gamba. Tak muat skrin lah!

Hehe.. lagipon, I jer yg pandai adjust, godak-godek kamera kecik tu.
Dah namanya blogger kan..

.

RAWANG - SETIAWAN - LUMUT - RAWANG (PART II)


On Sunday. Lepas check-out, hubby insist nk bawak anak dara dia pegi tgok laut. Dari Setiawan, we headed to Lumut. Abt 10 km from Setiawan. Singgah beli seafood salai (apa lagi kan..ini jer yg ada pon) and take photos. Taking photos with Little Aisyah yg semakin teruja melihat dunia luar, sungguh membasahkan ketiak!

Nampak jer laut lepas, mulut tak henti2 said : fish! fish! fish!












Apa sebab musabab tiba2 kami ke Setiawan? Kakak ipar hubby (my biras) jemput dtg kenduri adik dia yg bongsu. Sejak dapat kad jemputan, my inlaws dah tak senang duduk. Boleh kata hari2 mention about this. Sbb my bro inlaw (yg 'agak' kaya tu...hehe) nk sponsor hotel. Bolehlah bermandian di laut kononnya. Makanya, riuh rendah la kaum kerabat se-Rawang nk berkonvoi bagai kekdahnya.... Nak pegi ramai2, tapi drebarnya sorang, macamana tu?

Sedikit teguran berhemah kpd kita2 semua (juga kpd diri sendiri) kalau rasa nk bawak anak-anak bercuti, silalah para ibu bapa sekalian ambil cuti. Percutian jarak jauh mcm ni memang makan masa (dan makan belanja juga ya!), makan tenaga & makan hati (bagi sesetengah org spt saya).

Jgn lah sewenang-wenang 'pos' anak-anak kita ikut sedara-mara berpergian. Tambahan pula kalau yg masih menyusu, masih berlampin atau masih berbuai. Walaupon ada datuk neneknya, atau barangkali bibiknya kan. Dah namanya pon nk bercuti - rehankan badan dan minda. Agak-agak, dpt ker datuk dan nenek tu berehat kalau sibuk nk melayan kehendak cucu-cicit yg tak sudah?

Yaa.... emangnya ongkos penginapannya dibayar pakk, abis gimana dengan makan-minumnya, shoppingnya, keselamatannya.... waduh, bisa pusing pakk!

Dah dia yg nak ikut!
Ahhh...senangnya yah!

Owwhh...terlebih sudaaaa!


.

RAWANG - SETIAWAN - LUMUT - RAWANG (PART I)



Dalam Hotel. Aisyah jadi Dora the explorer.
















There will be another 3 entries abt this LUMUT trip. Streamyx at home sangat mandom. So, tunggulah mama dan babah Mencah 'enterframe' dlm next-next entries. Oh, Im gonna be very busy today *sigh*
.

Sunday, November 9, 2008

LET THE PHOTOS DO THE TALKING


My Streamyx still sucks to the max!

As I keep on trying logging-in, I did some tutorials with Photoscape. Sapa suka, sila download di sini atau di sini. Thanks Wahed for introducing this cool stuff to me! (monthsss ago! skang baru aku test power Wahed...)

So, let the photos do all the talking!

Anyway, last weekend (semlm), we went to Setiawan. Lepas tu dah alang2 terus lajak ke Lumut. Nasib baik tak terbabas ke Pangkor!















More entries with many more pics coming up. Saya sudah belajar buat scheduled publish gitu! Hasil dari mentelaah blog orang-orang besar malaya.

Happy Monday everyone, Cheers!!

.

Friday, November 7, 2008

STREAMYX SUCKS!



Streamyx Sucks


Streamyx Sucks



www.streamyxsucks.com


Aisyah, harap2 bila Aisyah besar nanti, Telekom ni dah tak mcm ni...

.

LITTLE KHALIFAH


Semlm saya bual bicara dgn Siti Sifir pasal hal ehwal anak-anak. Bagi saya, dia ibu yang cemerlang (mesti dia tak suka saya tulis mcm ni) Umurnya muda setahun dari saya. Tapi anaknya sudah 4 orang. Ya kawan-kawan. EMPAT.

Saya selalu muhasabah diri (tapi lepas tu jadi jahat balik) membaca nukilan2 bernas dalam blog dia. Saya kagum dgn approach yang dia gunakan untuk mendidik anak-anak dia - Arwa, Asmaa, Uwaiys dan Usamah (sorry Pija, susunannya tungang langgang). Kalau kawan-kawan tak percaya, sila terjah blog dia dan tengok sendiri. Hehe.

Ringkaskan cerita, saya tanya dia mcmana nk handle anak yg sgt2 aktif mcm Aisyah? Saya dah jumpa Arwa (yg kecil sekali buat masa ini. hehe) dan saya tengok Arwa anak yg baik. Ya, mungkin sebab masa tu dia kecik lagi dan kebetulan masa tu Arwa tak berapa sihat (chicken pox). Tapi, bandingkan dgn Aisyah masa seusia dgn Arwa, Aisyah dah mula melasak okeh!

Ringkas jawapan dia. Tapi pedas. Hehe..mentang2 lah akak ko ni tak mudah sentap yer dikk.. hehe. Saya dan dia memang selamba jer 'main lepas cakap'. Hehehe...maklumlah, 4-5 tahun dok makan nasik kawah yg sama dan dijaga oleh warden yg sama. Hehehe.

"Tulah...panggil lagi monster. Kan dah jadi mcm tu. Apa yg mak dia sebut, itulah yg dia jadi."

Hambekk ko... adik aku sorang ni memang takde cover2 dah. She is my junior, my dormmate, my gang bas skolah (naik bas Taayah nk balik kampung), my Unimate (tapi different faculty) and my sifu dlm online business.

Walaupon sebenarnya saya tak penah pon panggil Aisyah monster secara vokal (saya tak penah mention direct kat dia yg dia ni mcm monster), saya sebenarnya memang ada terfikir, mungkin jugak anak aku jadi mcm resakser kecik sbb aku dok suka refers her as little monster dlm blog kecik nih kan.

Well, let me me clarify here about the word little monsters that was 'commonly' used in this little blog of mine.

Whenever I wrote little monster here and there (referring to Aisyah) I was actually picturing her as a very cheeky, playful, active, adorable, fun-to-be-with, joker, entertainer, independent, smart, sporting, tough, strong, enthusiast, determined, creative, passionate bla..bla..bla.. I have no intention of referring her as the 'real monster' yg mcm dlm ultraman, pokemon, digimon ke hapa...

She's an adorable little monster!
Mungkin lebih sesuai saya katakan begini : Dialah madu, dialah racun, dialah penawar.

But, as I am a positive person (konon-konon la weii..kasi can la kat aku), and always open for any critisize, dan sentiasa bersedia menerima cadangan2 berhemah, makanya, mulai sekarang, saya tak akan me'refers' Aisyah as LITTLE MONSTER anymore.
This is a promise. Everybody, please remind me if I terlufer okey!
(Umat yang tak berpesan-pesan, adalah umat yg hidup dalam kerugian)

From now on, Little Aisyah will be refers as LITTLE KHALIFAH (ohh...so Taayah bunyinya kan Pija. Hehe... I like!) ataupon Little Lady, Little Sweetheart, Little princess (Ewww.... mcm manja kemain jer...) depends on the story that I'm telling at that time. Boleh gitu?

Pija, please allow me to refers you as ustazah!

Hahahahaha..jgn mara, nanti kena fire dgn monster!


Salam Jumaat everone, have a nice weekend!


.


Thursday, November 6, 2008

Norman bersedia terima Memey sebagai isteri kedua





Sambil baca entry panas ni, mai kita sejukkan badan sambil layan ayat-ayat cinta. Sesuai gak kut dgn tema diskusi kita - bermadu. Huhuhu..video ni very smooth. best layan. lagu dia tak tersekat2. Thanks Mieja!


Sumber daripada emel yg Intan fwd kat sayer jap tadi. Thanks Intan, ko lah sumber inspirasi blog ku. keh keh keh!

Amaran : Entry ini disertai dengan dialog2 penuh emosi dr penulis.

******************

Norman bersedia terima Memey sebagai isteri kedua.
(Korangni kan..mender2 gini sedia sokmo! geram akak taww!)

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Aktor popular, Norman Hakim buat
kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda,
Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang
ditakdirkan oleh Allah.
(Amboi bila time gini, byk la ko punya takdir ekk!)

Biarpun tidak mengesahkan yang dia mempunyai hubungan
serius dengan aktres berusia 20 tahun itu, Norman atau nama
sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berkata, sebagai
umat Islam, dia akur dengan ketentuan qada dan qadar.
(Lagi sekali, ko pakai ayat skema ekk..ni semua ketentuan kekdahnya. Dengan Faradhiya tu pon takdir la ekk...)

''Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan
sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. (Kalau tebal, apa kes ko scandal dgn si Memek tu?) Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami
berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.
(Eiiii... pandai ko becakap ekk Man)

''Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu
menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu
hari nanti,'' katanya ketika dihubungi wartawan
Utusan Malaysia, SAHARUDIN MUSTHAFA di sini hari ini.
(^%*^%^#%^%**)

Norman berkata demikian sebagai mengulas dakwaan
kononnya dia dan Memey sudah merancang untuk berkahwin.
Bagaimanapun, rancangan tersebut dikatakan terpaksa
ditunda berikutan dia dan Memey ditangkap berkhalwat di
sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Kelang,
Selangor pada 30 Oktober lalu.
(Sudah rancang? Takdir ke nih? Grrr...)

Sehubungan itu, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas
itu berkata, jauh di sudut hatinya, dia berkongsi
rasa kasih dan sayang dengan banyak pihak.
''Ada 'wilayah' dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah,
pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga.
(Wilayah plak dah... ko ingat ko menteri wilayah ke hapa nih??)

''Bila saya fikirkan masalah yang sedang saya
hadapi ketika ini, adalah lebih baik saya berterus-terang
berhubung perasaan yang sedang saya alami ketika
ini,'' jelas Norman yang berkali-kali menyatakan
harapannya agar Abby memahami kedudukannya ketika ini.
Menurut Norman, dia tidak mampu untuk menghalang Abby
meluahkan emosinya seperti yang berlaku di lokasi
penggambaran Gerak Khas semalam.
(Ko tak kesian ker bini ko man oiii....)

''Saya mahu mencari penyelesaian terbaik dalam
hal rumah tangga saya dengan Abby. Saya cuba memahami
keadaannya ketika ini. ''Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik
buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia.
(Sayang, sayang, melayang!! Org laki memang senang cakap sayang!)

''Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain,
apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,''
ujar Norman lagi.
(lagi sekali...takdir jugak disalahkan u olls!!)

Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam
kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan
'penyelamat' kepada keadaan yang dialaminya ketika ini.
(Mai sini aku 'selamatkan' ko!)

''Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat.
Memey pula hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya.
(Mai sini aku 'bakar' ko..tengok dia boleh 'selamatkan' ko ker tak?)

''Saya perlu mempertahankan Memey kerana dia
juga ada keluarga yang terpaksa melalui episod ini.
''Seperti yang saya kata, ada banyak hati yang
perlu saya jaga. Jadi, saya harap Abby benar-benar memahami
keadaan saya ketika ini.
(OOooo...bini ko suh paham keadaan ko, yg keadaan dia ko ada paham? Ko ingat senang ke beranak Man oii..)

Saya tahu saya dan dia (Abby) masih
ada masa depan demi anak-anak kami,'' kata Norman
yang berhasrat untuk merujuk kepada pihak yang arif yang
boleh menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.
Pada masa sama, Norman berkata, dia akan memohon
petunjuk daripada Allah dengan solat sunat istikarah.

Semoga Allah memberi jalan yang terbaik buat keluarga ini. Buat Abby, mana la tau..kot2 ko tensen2, ko blog hopping, ko jumpa blog aku nih kan.. ko byk2 bersabar la ekk...

Kawan-kawan, mari kita berdiskusi pasal kes lelaki curang nih!

.

TOLONG JANGAN PENING


Kenapa tiba2 ada dinosour terlepas kandang. Hahahaha... Saya rasa Barney, BJ dan Baby Bob tu terlalu comel. Makanya saya backgroundkan mereka semua.



Nota : kerja byk, tapi blog mencah ini jugak yg ku hadap! huhuhu...

MENCAH'S FAV SHOW - PART IV

Adi dan Ayah

Yang ini mak bapaknya tak suka, tapi anaknya suka banget. Maybe sbb kelakar. Favorite dia, tgok gelagat keluarga Subondo. keh keh keh!


Gerak Geri Gasing

Yg ni pon mak bapak dia tak baper gemar. Tengok muka Mat Kacau tu bikin hati kacau jerk.


Kesimpulannya, Si Mencah ni suka tgok shows yg byk 'moving around'. Kalau static dan agak slow mcm Mickey Mouse Club House tu, dia kureng minat. Kan dlm citer tu mcm lambat jer menatang2 tu nk begerak kan... Dan lagi satu show tu kena bising2. Byk singing, loncat2... huhu...

Makanya, terjawablah sedikit sebanyak persoalan kenapa anakku tanak dok diam kan?

Marilah kita ramai2 menyalahkan media massa! Wakakakaka...



MENCAH'S FAV SHOW - PART III



Barney & friends

This shows is the life saver to us!

Kami laki bini tgh berusaha kumpul koleksi Barney series. Tapi tak beli kat kedai. Download kat internet sajor. wakakaka...

We loves all the songs.


MENCAH'S FAV SHOW - PART II


This shows is very interesting! Its all about classical music.

Music dlm show ni diadaptasi daripada muzik klasik. Ohh..saya adalah penggemar muzik klasik. Dalam kereta saya dan babah mencah masing2 ada satu kaset dan CD lagu2 klasik. Saya mula dengar muzik klasik ni sejak menagndungkan si Mencah. (CD dan kaset dpt free kat opis lama. heheh) Kalau dlm keter, bila nampak Mencah dah lalok nk tidur, kami akan pasang lagu klasik sampai dia 'pitam' keh keh keh!

Lepastu, mama dia pon 'pitam' sama.

Tepuk..tepuk..tepukkk (translate dr tap, tap, tap)


MENCAH'S FAV SHOW - PART I


Actually Mencah mula2 tak suka sgt tgok Hi-5 ni. She prefers Ultraman (serius!). Kalau tgok TV ptg2, bising mulut dia : Amen arrr...amen arrr.... (nk suh bukak ultraman kat Ceria)

But, every morning, without fail, I akan spend 1/2 an hour dari pukul 7.30 sampai pukul 8.00 pagi, layan Hi-5 dengan dia. Kalau I kena pegi ofis awal, I akan bukak siap2 channel 612 (Nickeledeon). Oleh sebab dah hari2 kena tengok, lama-lama baru dia suka. Saya suka program ni sbb dia ada combination of learning, stretching, dancing, singing, human alive, puppets etc.

Tapi, kesan sampingannya pon ada. Mencah gedikk yg amat kalau dengar muzik. Asik nk goyang muntot...huhu.



Wednesday, November 5, 2008

Mengata Anak Orang


Orang tua-tua kata, masa mengandung jangan suka marah2 anak org yg nakal. Nanti anak kita yg dlm perut jadi nakal mcm tu.

Sapa percaya?

Saya tak nak percaya. Tapi...,

Masa Saya mengandung, sampailah sekarang, Saya sangat-sangat menyampah dengan anak-anak buah suami Saya (pengakuan berani!)

Dalam ramai-ramai tu, ada sorang dua boboy yg sangat buas - yg paling Saya menyampah.

Tapi kebencian tu Saya tak pernah luahkan dengan kata-kata. Saya pendam dan kadang2 mengomel dlm hati jer (Haku kan cukup terrer bab memendam rasa nih!)

Mak Mentua Saya mcm tau2 jer haku menyampah kat cousin Mencah yg buas tu. Dia kata : Ni mesti mama kamu dulu asik marah Abg Ijoi kamu... sebab tu kamu sekarang lagi buas dari dia.

I diam ajer. Kose nk menjawab.




MY LITTLE MONSTER YANG TERLAMPAU


Last 2 weeks kan, masa pegi open house umah kawan lama kat KL, Mencah membuas secara melampau. Sangat melampau.

Tuan umah tu baru pindah umah. Baru gak la kawin, blom ada baby. So, tuan umah dan adik2 tuan umah sgt teruja jumpa Mencah yang konon-kononnya sgt comel dan mesra perdana. Yerlah, dia skang kan pandai mingle around kekdahnya...very the gedik santai kan... diorang blom tahu Mencah punya tanduk....

Blom sampai 10 minit kami dok dlm umah (bontot I yg lebau ni pon blom sempat panas okeh!) tetiba 'pannnggggg!!'

Boleh agakla kan? Satu objek kaca telah terkorban. Orang punyala kecoh sbb risau nnt dia terpijak kaca seramik tu kan... dia boleh terkinja-kinja menggedik kat situ!

Ohh anakku...

Malu Omak dan Bapak nakkkk.... souvenir kawin tuan umah sudah pecah!
(harap2 itu bukan the last piece!)

Apo nk kata, makanya kuarlah skrip back-up si emak ni kan : maaf, sgt2 maaf, anak kami memang jahat, memang buas, memang jakun, memang peghak, memang itu, memang ini, segala-gala memang kuar...... Tuan umah of cos buat muka sporting kan. (dlm hati sapa yg tau kannn)

Kat umah tu ada 2 nieces tuan umah umo 4 tahun dan 2 tahun. Dedua gigirl. Mula2 adik tuan umah (yg tak jemu2 melayan Mencah sampai budak monster ni naik lemak) dok kata, anak buah saya yg sorang ni pon tersgt buas kak.... biasalah kak...budak2....

Dalam hati saya kata : ok, kita tengok...

Saya sgt lega bila dorang bawak Mencah turun bawah main kat playground sbb senang saya nk bergossip dgn tuan umah! hahaha.. eh, dan at least dia tak punggah brg dlm rumah kan. Tak senang duduk adik-adik tuan umah melayan Mencah kat playground. Paling dahsyat bila dia duduk bertenggek kat bahagian tinggi papan gelongsor. Tapi dia tak nak menggelongsor. Dia nk melompat turun ke tanah! Punyalah tinggi wehh...

Kami yg menonton dari balkoni atas (balkoni umah dia betul2 mengadap playground) terpekik terlolong kecut perut tgok dia nk melompat. Dia dgn selamba nya buat muker selenger mcm takde apa2 berlaku.

Di akhir kunjugan kami...seisi rumah tuan umah sebulat suara mengatakan : Betulla kak.... Mencah ni mmg buas betul. Kalau saya jaga dia, boleh kurus saya kak. Kat playground tadi, basah ketiak saya nk kejar dia!

Ha...tau ponn...kan akak dah bilang tadi...

Umah kawan lagi satu (last weekend punya cerita), si Mencah main miniature souvenir tuan umah kat atas rak TV. Rak TV tu plak rendah paras pinggang dia jer. Mcm disediakan khas utk dia plak kan...

Bak kata Babah mencah, anak kami ni memang peghak...

Makanya, dia hangkut semua miniature tu ke lantai, main susun-susun tinggi-tinggi... kita hambik simpan, dia hambik balik. Kita pegang dia, dia meronta-ronta suh lepas. Bila terlepas, dia pecut lari laju2 dannnn.... kecepekkkk!!

Dia jatuh tersembam. Budak ni nak nangis sorry ler. Mak nya yg nk menangis wehh!

Sebab apa? Dia jatuh tersembam sambil tersepak secawan penuh air ribena atas lantai. Tuan umah dah la tgh preggy, kelam kabut dia mencarik kain lap sambil cuba menyedapkan hati tetamu (dan hati dia sendiri kut) 'takper..takper..budak2 memang mcm tu....'

Ya ampunnn... skrip 'memang' di atas diulang suara sekali lagi....

Last2..kena libas sedas dgn Babah dia. Apa nk heran, saya kan monster kecik....ingat sakit ker libas mcm tu? saya main lagi. lari lagi. Bukan dia serik pon. Melainkan, kami mintak diri, hangkut dia balik!

Ada anak sapa2 berani 'celen' ini budak?

Nota : peghak = terlampau jakun. Hehehe...
.


Monday, November 3, 2008

BAYAR SAMAN - Bahagian 1

Kena TAG lagi. Dah berkoyan-koyan saman tak berbayo nih. Kimoblade, Fara, saman kalian, nnt I jawab dalam next entry yek! I nk jawab dulu saman Budak Penang sorang nih!


1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this



Hambek ko Ila... ko nk gambo yg 'pure' dr aku kan?

Tu ha...sekelumit pon aku tak edit.

Ko kata jgn tuka baju. Makanya aku tak bukak la telekung aku. Aku tunggu Isyak sambil baca blog hang (Sila faham situasi, aku bukan warak nau...aku solat maghrib lambat doh..kira 2 in 1. Eleh..cam tak biasa lak korang!)

Ko kata jgn fix hair. Kompom aku tak leh nk fix apa2. Pakai telekung kaedahnya.

Jgn ditanya kenapa aku shoot muka selenger aku dari atas. Ko tak kata kena shoot dari depan. (sila paham situasi, aku kan tgh jakun mengexplore teknik menangkap gambo sendiri menggunakan henpon aku yg dah mula nak selenger mcm tuannya nih. Heh!)

Nak kena pass saman kat 10 org? Uihh..tak sanggup rasanya. Kang ada yg tgh menyeksi sambil hadap komputer, dibuatnya dia shooting gambar sengal selambak mcm org ittew (u know who rite?) Awww....

Ada sapa2 berani menyahut cabaran saman-menyaman ini? Sila jawab dan kasik tau kat sini ekk... nnt kita sama2 terjah!

.



DEDICATED TO KIMOBLADE

I feel honoured (again)!!

Another friend of mine - who is also a wifey and a mommy sudah terjerumus ke lembah blogging. Wallaweyyy... everyone, please welcome KIMOBLADE!!

Her entry about us goes like this :



Friends..

This entry i create special for mama mencah yg sudi jengah dan jenguk dan juga sbb sudi jadi followers kat teratak kami ni...Actually, to be honest to you han..i create this blog because aku tertarik dgn kata2 kau yg nak mencah baca dan tulis sendiri dlm blog kau suatu hari nanti..sbb tu aku pun decided buat satu blog for my kids..Thanks for the idea walaupun aku curik idea tu tanpa minta izin..(nama pun curik, camana nak minta izinkan..hahah)
Terima kasih sekali lagi..


Read full entry here.

No problem Kimo... my pleasure to share and care.


This is Kimo with her hubby and the sweet Kierra and Iddraqi.



Sunday, November 2, 2008

'Monster' in law

Sapa penah tgok filem 'Monster in law'? J. Lo belakon. I curik tajuk jer... entry ni takde la sejibik sejibon sama mcm citer tu. Tp ada la kena sesikit kut. Heh!

Bayangkan...anda keletihan mind, body & soul sbb sakan berkursus 3 hari. Sampai umah di tengahari rembang (panas ya Allah cuaca skang nikan). Dlm paler otak sepanjang jalan takde pikir lain selain nk rest dan menguliut anak.

Sampai umah, park keta, seret beg. Dari jauh anda dh nampak 'bala tentera' yg bukan main ramai kt dlm rumah. Suara anak anda pon kedengaran sayup2 jek dek kerana tenggelam dgn suara hiruk pikuk bala tentera nih!

Makanya, mood I yg memang dah tinggal separuh tu, terus merudum tinggal suku. Masuk jer dlm umah, yang suku tu pon melayang habis kering kontang.

Sampai bila ekk nk mengadap situasi yg menserabutkan paler otak nih agaknya. Saban weekend, umah no 137 Lorong Sentosa 3 ni mesti sendat, padat, melekat! 5 hari mengadap keje kat PID, weekend plak mengadap depa-depa nih.

Makanya, mulalah pitching suara haku nak naik selalu. Dengan bunyi PS2 berdentum dentam, bunyi TV memekak tak hengat, suara ipar duai yg becakap mcm tgh berdebat dlm mahkamah, suara bala tentera yg tak abih2 kejap melalak, kejap menjerit, kejap bergaduh...

Sudahnya, terpamerla impressi wajah I yg umpama Mak tiri bawang merah!

Mereka semua tak salah. Kan ini umah mak/ nenek/ atuk dorang. Lantaklah dorang nk bertongkang pecah bagai kat umah ni. Yang I nk sentap, masam2 muka apehal?

Kan?

Inilah dia dilema seorang bini yang saban hari memendam rasa sambil menunggu umah flet dia siap. Bukan tak boleh menyewa kat lain dulu sementara nunggu umah flet tu siap...karang..

Iskk..malas lah I nk taip panjang2 lagi... bak kata Abg Bil : Lu pikir la sendiri!


.

DST - Digital Story Telling


Heyy..jgn main2 dgn Mama Mencah taww!

Dalam keselengeran I nihh.. I menang one of the best DST (among the whole PID) masa kursus 3 hari lepas. Sungguhlah tak ku sangka, DST ku yg di saat2 akhir tu berjaya dapat nombor 2 wehh. No 1 of cos la otai Tg Malim kan... hehe.

Sumpah wehh... I tatau apa mender DST tu sebelum ni. Tapi kami dibagi last minute assignment before attending the kursus - buat satu storyboard pasal komuniti. So, I pilih topik keusahawanan.

Walaupon storyboard I byk temberang dari yg betul (sbb I dah lupa details pasal tanaman cendawan nih..) dan music background yang tersengguk-sengguk (very the last minute okeh!) sungguh tak kusangka, dlm byk2 DST selenger lain pada hari tersebut, DST sayer turut mendapat pojaan hati para juri. Makasih yukk!

Hadiah nyer enggak lumayan...huhuhu...headphone set jer wehh! Tapi I tetap bersyukur okehh..

Anyway, mari saya cuba uploadkan video 4 minit tu disini.




.


Saturday, November 1, 2008

DEDICATED TO UMMI YANA



Dear Yana,

WELCOME TO BLOGSPHERE!

Ohhh, I feel so honoured reading this...

Salam to all bloggers..
sy sgt teruja utk berblogging stelah sekian lama mengikuti perkembangan blog "mama mencah"..
as usual mommies memang sgt addicted with our first child kan..
hope same addicted goes to others children too later (hehe yg ntah bila akan bertambah)..

read full entry here.

Saya sungguh terharu, seorang lagi insan bergelar ibu kini sudah mengikuti jejak langkah saya (dan ibu2 yg lain) untuk memblog pasal permata hati kita. Hanya kita saja yg faham keterujaan mengandungkan, melahirkan dan meniti pengalaman paling berharga bersama si kecil kan?



Yana dan Iman Aisy Fudhail


Yana, saya akan jadi pembaca setia blog anda dari semasa ke semasa. Semoga Yana, saya dan ibu2 bloggers yang lain akan menjadi 'cool mommies' dan sentiasa dikenang oleh anak-anak kita nanti. Dan semoga Iman pon akan jadi anak yg soleh!

Mama Mencah yg 'selenger' is back

I was away for 3 days. Ada sapa2 perasan tak kehilangan daku? keh keh keh (soklan selenger!)
I pegi training atau dlm bahasa gomen - Kursus (read as makan2 membesarkan badan!)


Tatau la nk kata apa pasal training tu..kang I ckp kureng faedah, melampau pulak kan? Kiranya ader faedah gakla... tp kurang, boley gitu? hehe...

Sepanjang Kursus hari pertama kat KLCC (KL Conv. Ctre), I dan Zalia asyik buat aktiviti 'Selenger' dan 'menselengerkan' org. Heh!

Ni gambar2 sewaktu saya menselengerkan diri sendiri di kala ke'blur'an mendengar kursus.



Masuk jer sessi petang, I dah makin selenger dengar ceramah yg tak kutahu pucuk pangkalnya. Makanya, I practise guna kamera henfon baru. Pastu, I mms one of these selenger pic to hubby. Dan suami ku tanpa ragu2 mengesahkan, betapa selengernya wajah bini dia masa tu!
Mak aii..nampak pipi Makcik Rehan yg selambak tu!




Pastu I snap gambar Zell dan mms kat dia. Dan dia plak tlh meng'mms' gambar selenger dia kat husband dia. Tak pasal2 para suami pon terkena sindrom selenger. Keh keh keh!

Nota : Laki dia tanya, sapa la yg selenger tangkap gambar sisi bini dia sampai nampak lengan besar balak nih? wakakakakaka...





Sumer org dok berlumba2 snap gambo penceramah. Maklumla..ada selebriti katakan..ada Atai - anak sedara Sudirman dan Abd Latiff Mohideen (yg buat filem2 syok sendiri mcm Duyung, Anak Mami etc. tu). Tetapi I dengan tegarnya, tak hingin nk snap gambar diorang. Sebaliknya, I dengan bangganya telah memframekan gambar hidung kombang ku sendiri.




Seterusnya kami berselenger sesama sendiri. Mula2 I selengerkan Zell, tangkap gambor dia pakai frame gorilla nih. Pastu giliran I pulak diselengerkan.




Yg ini lak gambar masa last day. Gambar selenger ini, menunjukkan betapa luas serombong kapal empunya blog ini dari pandangan bawah.


Hasil dari aktiviti selenger ni, daku akhirnya mengetahui bahawa henpon ku ini rupa2nya ada template frame kalo nk hambek gambo. Sumpah aku tatau sebelum ni weiii...