DIARY DIET MAKCIK REHAN

RECENT COMMENTS

Wednesday, December 17, 2008

TESCO TAIPING

.
Walau dimana kami berada, TESCO jugak pilihan hati. Hehehe.

Kalini kat TESCO Taiping pulak. Saja bawak maktok, tok ayah dan A'aa jalan2.

Acara wajib, main kat play area sampai lebam!



Nasib baik ada helper!



Tengok, Babah dia pon kemain senang hati sbb ada helper yang tolong dia mengawal selia anak dara dia yang buas tu. Bang, kontrol sikit lobang idung tu bang. Hehehe...

.

Tuesday, December 16, 2008

EKSPLORASI TALI AIR

.
Jalan ni baru dibina untuk memudahkan mesin padi dan kaboota kuar masuk ke bendang. Betul2 sebelah umah Mak Tok. Sepanjang kat kampung baru2 ni, kat sinilah kami 2 beranak membasahkan ketiak. Bapak si Mencah sibuk menduga laut (mancing daaa...) Memang seronok bagi Aisyah lepas lari di sini. Tak ada moto yang lalu lalang dan mcm2 benda baru boleh dipelajari. Mcm2 haiwan ada, cuma penguin jer yang tak ada. :P



Pagi-pagi ada banyak rama2 berterbangan mengerumuni pokok2 bunga yang tumbuh meliar di kiri kanan jalan. Cantik sgt sbb rama2 ni terbang secara berkumpulan. Aisyah sangat teruja. Kita ajarkan dia sebut but-ter-fly. Yang dia dpt : feff-fy! kuar angin jer lebih. Hehehe. Cute jer bunyinya.



Nampak jer burung terbang, dia dah menjerit2 : Woooowwwwww!! bird! bird! (sambil tak henti2 tunjuk kat langit). Selagi kita tak sahut, selagi tu dia dok ulang, bird! bird! bird!




Bahagian yang warna hijau tua tu sebenarnya tali air yang dipenuhi rumput. Tapi masih boleh nampak anak-anak ikan berenang dlm tu. Terjerit-jeritlah Aisyah, pish! pish! pish!




Yang ni pulak reban ayam tok ayah. Aisyah jerit : Ayam! Ayam!
Tuuuu..dia tgh seronok main pijak2 dalam lopak selut yang belum kering. Habis belemoih croc cap ayam dia tu :P



Aisyah tgh training cara2 menggembur tanah dlm pasu bunga :P
Yg tudung hitam tu Untie A'aa, adik saya.



Ini kami!

.

BABY TUA NAIK WALKER

.
Seperti dijanjikan. Sambungan story raya haji kat kampung haritu.

Walker ni mmg tok ayah sediakan untuk cucu-cucu dia bila balik kampung. Pemilik asal of coz big bro Shawqee (cucu sulung). Mencah masa kecik2 pon dah penah naik walker ni. Sepatutnya skang turn Rafeeq (adik Shawqee) untuk guna walker ni, sbb tu tok ayah kuarkan siap2 dr store.

Tapi sbb kami sampai dulu kat kampung kan, Mencah lah yg tolong test drive dulu.


Panjang tak panjang nyer budak ni skang, dia pandai masuk-kuar sendiri dari walker tu. Suka betul dia main dgn walker nih. Tengok tu, bawak keta siap ada henfon tu...

Yang lawaknya, bila dia nk lalu kat bendul pintu ker, tikar ker, pandai plak dia angkat walker tu dan kedek2 jalan pastu bila sampai kat smooth surface, dia landing balik roda walker tu.

Ada one time, saya tgh basuh pinggan kat dapo. Tetiba dengar suara dia kat belakang sambil tarik2 baju saya : Nak susuuuu..!

Mak tok kata : Orang dah pandai bawak kereta mana boleh suruh mama buatkan susu dahhh...

Hahaha....

.

Monday, December 15, 2008

THE MASK OF ZORRO

.
Seminggu sebelum raya haji kejadian ini berlaku (maksud saya parti itulah....) Kawan babah Mencah zaman sekolah punya anak. Saya tak pegi (kan diet :P). Depa 2 beranak jer yang pi. Sepelaung jer pon dari umah.


Ada badut, Mencah takut. Tapi belon pintal2 tu tetap dia nak.



Style dia pegang makanan dgn 3 jari mcm tulah. Biskut ker, buah ker, dia kepit mcm tu jugaklah.



Pegi kejap jer. Basah ketiak babah kot . Hihihi. Balik umah kami geledah goodie bag dan paksa dia pakai topeng zorro nih.



Kan mcm zorro nk bersiul panggil kuda kan? Padehalnya dia tgh gigih nk bukak sumi tu...

Pasan tak baju gown nih? Patutnya nk pakai masa raya haji kat kampung. Sekali babah suruh bawak pergi parti daa.....

.

ENTRY LEWAT MALAM (ehh..dah pagi daa..)

.
Masih belum tidur. Dah pukul 1.50 pagi. Packing my stuff dan mengiron baju keja saya laki bini. Harini sampai esok ada training lagi. Banyaknya outstation/ training lately. Penat sehh. Kalau tempat yang best2 ok la jugak. Ini....ermm... asal boleh jer.


Sumbangan pakcik Google gambar ni.


Sabtu baruni Babah Mencah belanja iron baru. Punyalah jakun saya nk pkai iron steam cenggini. Kekdahnya saya malas nk baca instructions. Main tuang je air kat serobong atas iron tu. Pastu suspen jerk masa mengiron tadi pasalnya asik kuar sound effect mcm tgh menggoreng ikan. Siawww...siawww.... gasaklah. lain harilah haku belek manual book dia tu.

Esok pagi2 nk bertolak ke Tg Tualang. Dikala entry ini terbit dlm blog ni, InsyaAllah kami dah pon berbondong-bondong dlm perjalanan ke sana. Satu keje plak nk hangkut 2 org wakil komuniti plak kalini. Layan jerkla. Payah betul nk cari wakil komuniti yang agak celik IT kat Rasa nih. Banyaknyer 'nk berkomunikasi dgn internet' jerlah. Menaip pon ala2 ayam patuk padi. Yang terer2 IT takde plak nk menyinggah PID nih. Jenuh dah kami talipon merata alam tanya sapa yg minat nak pi training IT nih. Yang hawaunya, dah la makan tanggung segala mak nenek boleh claim, ada pulak yg tak sayang mulut bertanya : Pegi ni dapat allowance tak?

Encik...tunggu saya jadik Mak Menteri lah kot baru tanya soklan cepu emas camtu yer.

Kami bagi saguhati sumbangan cash RM 100 setiap sorang (ambil perhatian, duit ni kuar dari tabungan opis yang mmg dah hazab yer). Nanti kat sana claim sumer akan dpt cash lagi. So, silalah pakcik memandu kenderaan sendiri yer. Tak kanlah 4 org yang godang2 nk menyendat dlm kelisa kontot saya tu kan? Biar waras!

Wahhh...sekali bagitau keta saya tak leh jalan jauh. Kita naik jerlah 4 orang dgn Rehan, senang. Umang aiii.... baik tak payah bagi saguhati seratus hinggit tu wahai encik2 sekalian. Dah lah balik dr training ni nanti kami kena bawak balik khazanah alam sebeban. dgn bunting, banner, booklet apa segala. Kena stroke jugak si kontot aku tu karang.

Mentaliti mcm inilah yang melemaukan. Hello...training sumer FREE, makan sedia, tempat tido sedia, cash org bagi, mileage sumer claimable, apa lagik mau?

Tamau takpa... ada ramai org lain lagi yg mau!

Esok kalau tempatnya nice cenggini pon dah kira ok. Tengoklah camana nnt...


Auuummmm !!
.

Sunday, December 14, 2008

TENANGLAH WAHAI JIWA

.
Sudah agak lama saya tak meluah rasa (menulis secara serius) di blog kecil ini. Setelah blog ini semakin dikongsi ramai, membuatkan saya sedikit berhati-hati kala membuat posting. Tidak mahu sampai terlajak kata, ada pulak jiwa yang merana. Tapi bukan bermakna selama ini saya hipokrit atau mereka-reka cerita yang tidak wujud. Bagi yg mengikuti blog kecil ini dari awal kemunculannya pasti mereka lebih kenal hati budi saya kan? Sejak kebelakangan ini, saya lebih banyak mencoret memori bahagia terutama tentang si kecil Aisyah yang semakin 'bermaharajalela' di hati ayah bondanya. Hakikatnya, memori bahagia lebih indah untuk dikenang di kemudian hari bukan?

Konflik, cabaran & masalah masih berkejaran bersilih ganti dengan kebahagian dan nikmat hidup yang saya lalui saban hari. Liku-liku hidup tak pernah selamanya mendatar. Adakalanya berlubang dan retak juga di sana-sini. Saban hari, retakan dan lubang-lubang kecil itu masih bisa diturap dengan nikmat kebahagian kurniaan yg Maha Esa. Alhamdulillah. Saya merasakan bahawa apa yang saya hajati dan harapkan dalam hidup ini masih berada dalam lingkungan yang rasional dan waras. Saya sentiasa berpijak di bumi nyata. Tidak pernah menghajati yang bukan-bukan. (Juga berharap perkara yg 'bukan-bukan' tidak terjadi dlm hidup saya dan keluarga).

Dalam hidup ini, saya mahukan ketenangan minda dan jiwa. Keluhuran rohani dan ketulusan hati (maknanya mungkin sama, tapi pengertiannya sangat luas bagi saya) dan kesederhanaan dalam segala segi. Tidak sampai merempat dan tidak pula sampai kepingin (atau kempunan) sesuatu yang di garis normal.


Sampai saat ini, saya berharap Allah mengurniakan saya kekuatan dan kesabaran utk mengharungi cabaran hidup yang tidak seberapa ini (jika dibandingkan dgn org lain yang lebih hebat ujiannya) juga diberi kesempatan untuk mengecap nikmat hidup sebagaimana yang saya impikan. Dalam masa yang sama, saya berdoa agar saya tidak hanyut dibuai nikmat dunia yang fana ini.


Saya perlukan kekuatan dan kesabaran yang bukan sedikit untuk mencorak kebahagian duniawi (moga turut membawa saya ke syurgawi) yang saya impikan. Kerana, kebahagian dan ketenangan yang saya ingin kecapi itu bukan sahaja untuk diri sendiri. Saya mahu menanggung derita dan mengecap bahagia bersama sang pria belahan jiwa, dan sang puteri penawar duka. Bukan bermaksud individualistik, tetapi saya rasa, sebagai seorang wanita, isteri dan ibu - saya sudah banyak memejam mata dan menelan sahaja apa yang ada di depan mata. Sebagai insan biasa yang punya nafsu ammarah, adakala apa yang dipendam dilubuk jiwa akan terbit jua di riak muka. Inilah kelemahan saya yang paling ketara. Kalau kemarahan saya tidak terpacul dimulut, maka ia akan terpamer di raut wajah.


Alam rumahtangga telah membuka episod baru dalam lembaran hidup saya. Dari saat saya diijabkabul, saya menanam azam untuk meninggalkan sebanyak mungkin sifat2 mazmumah saya dahulu. Ditambah dengan kelahiran puteri kesayangan, keazaman untuk menjadi insan yang 100 kali lebih baik dari dahulu semakin menebal.


Akhirnya...,

Selepas 2 tahun 6 bulan, hari ini Ahad - 14 Disember 2008, saya merasakan sesuatu yang saya paling hajati dalam perkahwinan ini kini hampir menjadi kenyataan. Sukar untuk saya gambarkan gejolak kegembiraan saya. Mungkin anda boleh tafsirkan sendiri keterujaan saya kalau begini...


  • Malam tadi saya hampir tidak dapat melelapkan mata kerana berdebar-debar menunggu keputusan hari ini...
  • Saya hampir tidak sedar yang perut saya sebenarnya kelaparan seharian...
  • Saya membuat nazar - jika ia menjadi kenyataan, saya akan berpuasa sehari...
  • Saya merasakan seolah-olah saya tidak berpijak dibumi nyata sekarang ini...
Saya tidak mengharapkan yang bukan-bukan. Demi Allah, tidak pernah terlintas dihati saya untuk membina kebahagian diatas kecalaran hati org lain. Jauh sekali menggunakan jalan yang tidak sepatutnya utk memperoleh apa yang saya hajati walaupun saya lebih dari BOLEH untuk melakukannya kalau saya mahu. Saya harap semua orang bahagia apabila kami sekeluarga bahagia dan berharap 'org lain' memberi saya sedikit ruang untuk menikmati kebahagian itu sedalam-dalamnya.

Belum masanya saya mendedahkan perkara ini disini. Ianya bukanlah sesuatu yang terlalu
amazingpun. Biasa-biasa sahaja bagi kebanyakan orang, tetapi terlalu bererti buat saya. Mimpi ini akhirnya bakal menjadi realiti... Alhamdulillah.

Ya Allah, permudahkanlah langkah kami yang seterusnya. Amiiin.


.

Saturday, December 13, 2008

AMEN !

.

Amen = Ultraman = Spiderman = Superman = Transformers = segala mcm mak nenek robot dan resakser.

Saya lah yg mula ajarkan pada dia word Ultraman ni dulu. Tak sangka lekat pulak perkataan tu sampai sekarang. Dan, dah makin pandai... semua kartun2 yg lawan2 tu dia panggil amen. Kalau kartun yg comel2 tu dia panggil atun!

Helmet ni my sis belikan utk Shawqee (anak sulung abg saya) lama dulu sbb shawqee suka naik motor. Tp tak ak pakai pon bila naik moto, main2 dlm umah jer. Skang, bila Aisyah nampak helmet ni terus dia sebut Amen! Mula2 kami ni dok ingat kenapala dia sebut amen kat helmet tu, rupa-rupanya kat luar helmet tu ada sticker spiderman. Alahai, pandainya budak sorang ni.. (peringatan : Ini adalah entry untuk memuji anak sendiri)



Maka diusunglah helmet berat ni kulu kilir dlm umah. Mengekek kami nengokkan dia tehuyung hayang nk bawak helmet berat tu atas kepala. Siap suruh turunkan plastik 'full-face' tu kat muka dia.

.

Friday, December 12, 2008

ANSWERS TO ALL YOUR SCRIBBLES

.
Sejujurnya, it has been quite sometimes since my last replies on all your comments/ scribbles to each of my entries. I really appreciate every single words that have been jotted down here by everyone - in this little blog of mine (I mean Mencah's)

Sindrom penjimatan tenaga ekoran dari tekanan diet (lihatlah donia..makcik rehan sdg membina alasan lagi dan lagi...) membuatkan saya bukan sahaja malas nk klik-klik baca blog org, nk baca komen kat blog sendiri pon malas! Apatah lagi nk membalas komen2 tersebut kan. Mujurlah ada haloscan nih, boleh gak I baca preview komen sepintas lalu.

Setelah diet makcik rehan terqurban di Aidiladha baru2 ini (haku tak stop.... haku teruskan jugak walaupon dah lebam melantak kat kampung), makcik rehan kini ada energy lebih untuk membalas komen2 anda semua. Terlebih rajin kekdahnya, komen2 tu saya jadikan entry panjang lebau. Sambil2 tolong pomotekan blog2 ibuk2 sekalian. Sila beri tepukan gemuruh yerrr...

1. Pasal kegagalan sayer di medan perguruan
Tima kasih Oli, Fara, Ellyn, kak mah diatas kata-kata perangsang (I mmg sentiasa terangsang taww kekeke...) Tipulah kalau saya kata saya tak frust langsung kan? Anyway saya redho. Setidak-tidaknya, ia bakal membuka satu peluang baru untuk diteroka - InsyaAllah.

2. Pasal gambar2 sengal syomell I dgn Zell masa kat Putrajaya and gambar kawin syiok sendiri tue..
Cek-lala - Uhhhh... pompuan ni asal baca entry aku jer mesti dia gelak guling taww... pssttt...bila ko nk pi Langkawi lagi, nk pesan mangkuk tingkat plak! :P
Nisda & Fara - Yupp, itulah sayer di suatu masa yg duluuuu... aummmm...!!

3. Pasal beberapa entries about Aisyah's milestone
Oli & Fara : Yup...memang sweet masa mula2 dengar dia pronounce KAKAK. Sebijik-sebijik keluar takde pelat sbb word tu kan senang. Ada ritma ulangan kan. (beria-ia aku explen, kes takmo kang org kata aku perasan anak aku terer). And yes Fara, budak kembang idung ni jugaklah yang sentiasa menjadi pujaan kami laki bini. And Fara again, kami tak beli pon lappy menan tu utk Aisyah sebab serik... mainan yg duk ada yg bunyi-bunyian semua dah hancuss. Nanti tunggu dia besar sikit baru boleh beli toys yg mahal mcm tu.
Lin - Thanks yek singgah skodeng blog aku.
Sue maryam & co - Yes, It was fun having a 'syiok sendiri photo session' with our lil princess. Gerdix giler kan! :P
Amy sweetdarling - There are few other words that she can clearly utter and the numbers are increasing each day. We cant wait for her first complete sentence!

4. About my entry lepas the qurban thingy
Amy sweetdarling - Jgnlah tertifoo tgok umah kampung yg santek itu. Umah mak I auuummmm...!! sendiri mau ingatlah darjah tongkang pecahnya. Hikss...
Del & Ummi Hannan - Pedas kan ayat laki aku? Laki orang ader ker sound bini depa mcm tu... sentap kejap makcik rehan tawww...

.

MY OLD BUNNY

.

This old bunny used to be mine. Bought this when I was 17. Wallaweyyy... been keeping this for 13 years! Ada kisah bunny ni...

Back in 1996, me and my roommates (geng bebudak asrama) decided to buy something as a 'kenang-kenangan'. 'That thing' has to be cheap sbb time tu kami kan geng bas sekolah (GBS) lagi. Semua al-kopak wal pokai gitu. Makanya, not so long before SPM, we went out together dan jumpa Bunny ni kat pasaraya extra kat town Ipoh. Kalau tak silap itulah nama pasaraya tu. Skang rasanya dah lesap dah supermarket tu.
Mintak Dive Ipoh tolong sah kan ekk. hehe.

At that time I did mentioned to the rest of my GBS or better known as RKBBians, kita simpan menda alah ni sampai anak-anak kita nnt leh main menatang ni. Saya pon dah tak ingat pasal bunny ni sebab tatau kat celah mana mak saya simpan. Tetiba masa balik kampung kalini bunny ni dah 'terkeluar'. Maybe sebab mak dah mengemas-ngemas dan terjumpa...

Bila saya tengok Aisyah kemain suka main dgn Bunny yg dah usang nih, jiwa nurani saya sedikit tersentuh dan terkenang saat2 muda remaja dulu. Goshh... time really flies! Rasa mcm baru semlm saya ambik SPM....

Sengaja kami tinggalkan Bunny tu kat kampung walaupon mak saya suruh bawak balik ke Rawang supaya Aisyah boleh terus bermain dgn si bunny ni. Entah kenapa, saya rasa sesetengah 'benda' should remains as it is rather than bringing or transforming it into somewhere else. Saya mahu memori manis itu kekal di rumah mak supaya tiap kali kami pulang ke kampung, ada sesuatu yang indah untuk dikenang.

Sian mak ayah aku kan, sofa pon dah koyak-koyak haa.... hehehe. Selingan.






Wahhh... apsal entry saya ni ala2 down memory lane sikit nih...






.

BLOG KENA DELETE

.
Saya sangat2 bersimpati kepada para bloggers yg blog mereka kena qurban. Sungguh sedey kan... dan saya pon pagini dok meraban nk buat back-up. tapi tak buat lagi pon...hehe.

Kebizian.

Oli...sabar yer. Mulakan blog baru untuk Asha...

.


YAYAH YG SENTIASA MENYERAH

.

Si Yayah ni kucing betina kesayangan maksu Anor (my youngest sis) and my dad (sebab dia terer tangkap tikus!) Manjanya bukan main. Rela dipegang dan digomol, gerenti tangkap lentuk. Aisyah had so much fun with her compared to the other cats and kittens. Rumah mak Tok kat kampung ada banyakkkk sgt kucing. Tiap kali balik kampung, mesti ada kittens baru lahir - kebanyakannya kuar dari perut si Yayah. Hehehe.

Tiap kali nampak kucing, Aisyah akan menjerit dengan penuh teruja : TAM!!

Kenapa TAM? sebab kat umah atuk acan ni ada sekor kucing hitam yg diberi nama TAM. Hari2 Aisyah dengar kami panggil TAM. Maka, otak kecil dia membuat kesimpulan bahawa kucing adalah TAM. Hehe. Bukan saja kucing, ada sekali tu, dia nampak anjing pon di panggilnya TAM!

Biasanya saya cukup tak suka Aisyah sentuh kucing. Tapi kalini, sebab kat kampung punya pasal kan, makanya saya bagilah can sekali sekala kat dia. Anyway, so far Alhamdulillah Aisyah had never shown any signs of allergies towards furry animals.


Aisyah likes to play at this chair especially kalau kusyen seat nya tu kita angkat ke atas. Kejap dia baring, kejap dia panjat. Seronok saya tengok gelagat dia. Bila si Yayah pulak landing kat kerusi favourite dia tu, dia pon dtg sekali dan menyelit nk duduk sama-sama dgn Yayah atas kerusi tu. She will sit still as though tanak disturb si Yayah yg tgh tido. So sute!



Peganglah macamanapon, Yayah akan sentiasa menyerah! Tak melawan langsung. Makanya, menjadi-jadilah si Mencah kannnn...

.

QURBAN

.
Gambar hiasan semata-mata. Sebabnya, dlm entry tgh mlm ni, saya tadak gambo nk share dgn korang. Layanlah pic rumah kampung yg dicilok dr pakcik Google. Sempena mood Raya Aji kat kampung masih bersisa kan...


Alangkah nyaman melepap di kampung selama 6 hari. Bangun, tido, makan, minum sesedap rasa. Hihihi..yes, diet saya terqurban bersama-sama para lembu dan kambing yang terqurban di Aidiladha yang mulia ini. Abaikan cerita diet Mak si Mencah ni. Lantaklah dia meroyan dengan penuh penyesalan di blog MR nun. Heh!

Perjalanan pulang kali ini sungguh memenatkan. Babah Mencah konon terer lah... exit tol sini, cilok tol sana. Last2 keras kejung layan jem satu malaya. Ringkaskan cerita (byk lagi entry haku nk taip nih) derita perjalanan kami 3 beranak (plus my sis) sama mcm apa yg Eynda alami dalam posting ini. Sila terjah blog dia. Hehe. Kami bertolak bih kurang sama masa dan kami keras kejung di tengah highway bih kurang dlm jangka waktu yang sama. Tapi kami tanampak org usung stretcher. Kami nampak keta remuk redam yang sungguh dahsyat sampai laki saya pesan jangan pandang, nanti mengigau. Padehal dia yg takut tu...Hihihi...

Sampai umah mak ayah saya kat kuala kurau bih kurang pukul 12.30 mlm. Sengal satu badan. Si Mencah agak moody mungkin sbb tidurnya terganggu dan kepenatan - tanak salam dengan mak tok dan tok ayah dia yg kerinduan banget dengan cucu bertuah sorangni.

The next day, she was amazingly sporting! Saya sungguh bahagia dan terharu melihat anak kecil saya yang easily adapt with her grannies, unties, uncle and cousins. Paling best mak dierlah kan, sonang dia (yakni haku nilah...) nk melepap merehatkan badan sebab ramai yang nk melayan si princess ni kan. Aisyah nk susu, I order jer maksu Anor dia buatkan. Aisyah nk biskut, I laung jer kat auntie A'aa dia yg kat dapo. Paling syok bila ramai yang nk melayan dia jenjalan kat luar. Heeeeavennnnn ya' all!

I will blog bout Aisyah with Yayah si kucing, Aisyah's evening walk kat tali air, Aisyah with my her old bunny, Aisyah in her cousin's old walker, Aisyah at Tesco Taiping, Aisyah this, Aisyah that, Aisyah here, Aisyah there..bla bla bla in cominnnggg entries. Heh :P

Korang tau, tadi masa on the way balik, benti kat Petronas Tg Malim (nk membasuh berak si Aisyah pnya pasal lah kan) suami ku yang tersayang nih telah mengutarakan kata-kata yang sungguh meruntun jiwa raga, bakul segala...

'You need to slim down lah, tengok tayar keta sebelah ni (side yang haku duduklah, sambil menunjuk kat tayar) dah botak tayar ni. You are too heavyweight...'

Bang, sib baik awak suami saya tau. Kalau suami orang, ada yg makan tayar tawww...






.



.

Friday, December 5, 2008

DEDIKASI

.
.

Untuk semua yg sudi menyinggah kat blog Mencah ni... Salam Aidiladha diucapkan.


Selamat bercuti semua. hati-hati bila memandu.

Kami balik kampung esok sampai Rabu minggu depan.
So, there will be no update lah during this period.

Wassalam.




MCM IKAN DUYUNG DA....

.

Gambar Mencah ni anak buah babah Mencah emailkan pada saya semalam. Saya rasa dia sgt comel dan gedik dlm gambar ni. Tatau bila dorang snap gambo budak ni. Agaknya masa awal cuti sekolah baruni sbb diorang dtg bercuti kat umah nenek onah.

.

Thursday, December 4, 2008

KAKAK

.

Minggu lepas Babah bawak dia pegi buffday party anak kawan. Dpt goodie bag-di dalamnya ada sticker Cinderella. Dia main lekat2 kat dinding umah dengan kakak sepupunya.

Atuk marah2 manja kat cucu-cucu dia yg lekat2 sticker kat dinding, mcm umah k****g kata atuk. Atuk tanya dia : Ni sapa yg lekat sticker kat dinding ni...?
Dia tuduh jawab .. KAKAK!

Semalam saya bawak dia jalan2 dlm keter. Selisih dengan budak2 lelaki main bola tepi padang. Saya tanya : Saper tu?
Dia jawab..ABAM! --> abang

Selisih dgn budak2 perempuan main basikal. Saya tanya dia : Saper tu?
Jawab dia.. KAKAK!

Semalam masa Babah dia balik keja, saya point kat babah dia
dan tanya : Ni saper nih?
Jawab dia.. BABAH!

Kemudian saya point kat diri sendiri dan tanya dia : Ni saper?
Jawab dia.. KAKAK!

Hari Selasa lepas, saya belikan crop (cap ayam) baru utk Mencah. Sukanya dia....
Saya naik atas untuk mandi dan solat.

Saya turun bawah, dan Nenek Onah bercerita : Mak tanya dia... kasut cantik adik sapa beli?
Jawab dia.. KAKAK!


Errrrkkk.....

.


PETANG SEMALAM

.

Maaf kawan2 blogger sekalian, 2,3 harini saya takde mood nk menerjah blog kalian. Bukan sbb frust tak dpt DPLI tu. Itu mender kocik jerk. Cewahhh!

Kan tgh diet, makanya berlaku penjimatan tenaga. Nanti nk kena klik2 dan perah otak kalau baca blog org. Muahahaha...

Semalam masa tunggu babah mencah balik keje - actually dia dah balik, tp pi melepak kat kedai midon, sayer sms dia suh balik cepat sbb bini dia ni menggedik nk ajak main badminton. Ahaks.. kan I diet, lupa?

Sementara tunggu suami sampai, saya klik2 pichas la dgn mencah. Sungguh gerdix! Diva Rawang kekdahnya...muahahhaha...




.

Wednesday, December 3, 2008

FROM PUTRAJAYA WITH LOVE

.
2 mak budak yg syomelllll...


Ini potret MR dan Zell Chaiyok yg tak abih2 merewardkan diri sendiri semalam. Muahahahha...

.

RESULT DPLI

.
Saper tanampak, kliklah kat gambo kasik busat ekkk....



Terpaksalah haku menongkat PID ni sampai bercucu cicit mcm kata Tuan Haji Kamaruddin semalammmmm..... kui kui kui....

.

Monday, December 1, 2008

SAVINGS SALE?

.
Memang saving giler. Pegi One Utama, hapah pon tak beli. Jiwa raga tak tenang nk milih brg pasal lupa bawak stroller Aisyah. Sakek pinggang nk mendokong. Nk mencari paking pon azab dah. Ummat Muhammad punya la ramai. Kami laki bini yg memang tak 'sajak' nk shopping memahal ni kan...sudahnya balik ke port biasa yakni TESCO extra Selayang (blom ada duta lagi kan?)


Sempatlah bagi can si Aisyah membuas kat area mainan JJ sementara tunggu babahnya milih brg. Sudahnya, satu mender pon dia tak beli.



Bawak masuk toys r us, laptop menan jugak yg jadi fav dia. Nk jadi IT engineer ker anak aku nih? Jgn jadi blogger merepek mcm maknyer sudahhh...



Kesian nengok dia mencangkung, sayer letak dia atas car seat nih. Ha..mainlah sampai lebam!



Diakhiri dgn early dinner di Johnny's steamboat. I likeee... kan i diet...lupa?

Kat TESCO sayer dah lebam, dah tak kose nk nangkap gambo. Infact, henpon pon tinggal lam keter. Beli groceries, toilettries itu ini begitu begini...zass.. terus balik rawang.

.

Sunday, November 30, 2008

SEMAK SAMAN TERKUMPUL

.
Hari ini hari Ahad. Saya tatau apa nk buat. (tapi saya baru selesai 'buat' tidur) hehe. Anak sayer masih tidur. Lalu saya mengadap komputer dan membelek-belek saman. Ada banyakkkk sgt saman yg saya tak bayar lagi.

Saya jawab yg senang dulu. Yg ini dari Oli.

1. Do u think u r HOT? --> berani tanya soklan ni kat MR yg tgh kurang carbo nih ek?
Aah. saya sentiasa HOT. Dulu masa muda2 HOT kot lain, skang dah jadi mak besar, aku HOT kot lain pulak. Apa yg lain? Tak yah tanyalah..kang aku HOT kang!

2. Upload a pic of you?
Banyak sgt dah gambo MR ni tersiar kat blog mencah ni. Heh, tp sebab sayer tgh tak buat apa. saya korek gambar arkib dan jumpa gambar saya yg manisss banget nih! uweeekkk....



3. Why do u like this pic?
Sebab masa tu saya tawen arr... (sambil tersyipu-syipu malu) Walaupon gambau tu mcm kena tepek bedak 8 lapis!

4. When was the last time u eat pizza?
Bulan lepas rasanya. Nenek Onah tak masak, haku lagilah malas nk masak kan?

5. Last song u listen tu?
Little Einstein versi Aisyah. Ten tong ten tong dlm bahasa dia....

6. What r u doing now beside doing this?
Pegang spare tyre kat perut. Dlm hati berkata, bila ko nk merambus lemak2 oiii...

7. What name u prefer beside yours?
Julia. Sgt sweet. Not for me and not for any of my future baby girls also. I just love it!

8. People tag?
Takde sapa lah nk disaman. Hehe..sebenarnya malas nk pikir.

p/s : Thanks Oli for promoting me and my bizkizz kat blog dier. Hehehe...

.