DIARY DIET MAKCIK REHAN

RECENT COMMENTS

Sunday, November 30, 2008

SEMAK SAMAN TERKUMPUL

.
Hari ini hari Ahad. Saya tatau apa nk buat. (tapi saya baru selesai 'buat' tidur) hehe. Anak sayer masih tidur. Lalu saya mengadap komputer dan membelek-belek saman. Ada banyakkkk sgt saman yg saya tak bayar lagi.

Saya jawab yg senang dulu. Yg ini dari Oli.

1. Do u think u r HOT? --> berani tanya soklan ni kat MR yg tgh kurang carbo nih ek?
Aah. saya sentiasa HOT. Dulu masa muda2 HOT kot lain, skang dah jadi mak besar, aku HOT kot lain pulak. Apa yg lain? Tak yah tanyalah..kang aku HOT kang!

2. Upload a pic of you?
Banyak sgt dah gambo MR ni tersiar kat blog mencah ni. Heh, tp sebab sayer tgh tak buat apa. saya korek gambar arkib dan jumpa gambar saya yg manisss banget nih! uweeekkk....



3. Why do u like this pic?
Sebab masa tu saya tawen arr... (sambil tersyipu-syipu malu) Walaupon gambau tu mcm kena tepek bedak 8 lapis!

4. When was the last time u eat pizza?
Bulan lepas rasanya. Nenek Onah tak masak, haku lagilah malas nk masak kan?

5. Last song u listen tu?
Little Einstein versi Aisyah. Ten tong ten tong dlm bahasa dia....

6. What r u doing now beside doing this?
Pegang spare tyre kat perut. Dlm hati berkata, bila ko nk merambus lemak2 oiii...

7. What name u prefer beside yours?
Julia. Sgt sweet. Not for me and not for any of my future baby girls also. I just love it!

8. People tag?
Takde sapa lah nk disaman. Hehe..sebenarnya malas nk pikir.

p/s : Thanks Oli for promoting me and my bizkizz kat blog dier. Hehehe...

.

JOGGING SAMPAI MERENYAM

.
Haku ni kan, sampai tatau nk update story kat blog mana. Kengkadang entry haku dh mcm redundant (boleh pakai word ni? bantai jerlah!) Korang tau kan, sayer ada 2,3 ker 4 blog tah. Tp mandangkan blog mencah ni kira haku punyer premier blog kan (yg lain2 kira sekunder gitu. hehe) makanya haku hapdet kat sinilah yuk...

Ni sayer mau story pasal jogging pecah rekod sayer yg julung2 kali setelah dekat 2 tahun tak menggegarkan otot2 montot. Heh! Tau kan haku diet?

Dah haku sukat makan minum, alang2 haku nk la jugak kasi gegar lemak2 ni kan. Honestly lah, haku dulu sebelum kawin, beranak-pinak kan, mmg kaki jogging kat Taman Jaya depan Amcorp Mall tuh. Tmn Tasik tu menjadi saksi suka duka sayer mengawal kembang kempis badan ku ini.

Start dari hari Khamis lagi haku dh ckp kat laki, Bang Sabtu jom kita kasi gegar Tmn Metropolitan Kepong tu...laki aku hangguk jer. Pastu mlm semlm kami tuko plan, buat per ngabihkan minyak setangki pegi jejauh2. Kan Taman Tasik Soon Huat ada. Soon Huat tu nama pasaraya depan tasik. Haku lupa apa nama tasik tu, tmn tasik teratai ke hapa tah.

Pagi tadi patutnya nk bawak si Mencah ni sama. Sian lak nenek onah nk jaga dia, mak pak dia sedap meronggeng tepi tasik kan. Tp pagi tadi anak haku tu punya la liat nk bgn. dah jenuh kami kaco dia, dokong turun bawah dia boleh terlentok tido lagi. Ni semua bahana mlm tadinya kami melepak kat futsal court sampai kat kol 10. Anak aku kalau ikut skedul dia, kol 8.30 dah lelap. Kalau lambat dr waktu tu, makanya sok pagi kompom dia qada' tido. Sudahnya haku bubuh dlm buai dan terpaksa la tinggalkan dia. Kejap jer ponnnn...

Ginilah roper tasik tu di pagi hari. idok la pagi benau. eh tp gambo ni aku dah tambah cahaya. kalo idak golap sgt, mcm aku bejoging di subuh sepiei lak karang.



Laki haku jgn harapla nk layan jogging mogging ni kan. Dia lagi sanggup main futsal ke, bola ker, badminton ke hapa walaupon kena bayar sewa court. So, dia jadi bodigad jerlah sambil lempar mata kail dlm tasik. Senaman lengan katanya. iyolah tu...

Aku? Ya rabbi... nk menyusun tapak nk keliling tasik yg tak sebesar mana tu punyalah hazab wei! berat kemain aku rasa. sekali aku melangkah, aku rasa mcm bergegar satu badan. Aku lari dlm 10 langkah jer, lepas tu haku jalan kaki jer weh. Laki aku dok usha jer dari jauh sambil gelak2. Mencikk tol... Bang, sponsor i pegi liposuction la senang banggg....




Lepas habis satu pusingan, aku dah mengah semacam. Pastu aku lepak ilangkan mengah kat area 'gymnasium' nih. byk alat yg rosak. sempat la haku uh-ah uh-ah sesikit. Penatnya....

Nak eksen dgn laki aku punya pasai, aku gagahkan diri buat satu lagi pusingan. Bukan berlari pon..jalan jerk. Masa ni ya rabbi... punyalah gatal peha aku weh! Kan kalau kitani dh lama tak exercise, mula2 kita buat peha kan rasa gatal merenyam. Haaa...mcm tu lah aku rasa. Tadak segan silu dah haku menggaru sambil berjalan. gatal ya amat. sampai jer kat port mancing laki aku, terus haku duduk kat situ, menggaru tak hengat.

Lepas tu haku tak habih2 goda laki aku, Bang jom pi teratai (nama restoran). Abg mkn roti canai, saya mkn roti bakar jerr. Mampuih laki aku tak pecaya ckp aku weh. Dia tau, kang sampai sana sure aku ngelat bantai roti canai 2 keping tak pon nasik lemak telur mata sepinggan terak!

Balik tu terus tala ke umah! uwaaa...zalim tau bang!

Kat umah aku tala bihun goreng nenek onah sepiring penuh! Dah la kat umah ramai org, bila aku mkan, memasing perli aku... aii, tak kan nk replace balik apa yg dah burn tadi kot?

Jahat korang! Tunggulah Makcik Rehan kurus nanti...cewahhh!

.

Friday, November 28, 2008

NEW GOWN FOR AIDILADHA

.

I love Rasa (dah baper kali haku sebut kan?) Sebabnya, baju2 yg org jual online, boleh kubeli dgn murah banget di sini di pagi hari. Ada sorang dua apek yg meniaga baju2 cenggitu di sini.

Kan nak raya haji. Minggu depan depan kan nk balik Parit Buntaq..hehehe. Mak pak dia takde baju baru takpa, tp anak depa mesti la kena ada at least sehelai pon jadila.

Ohh ya, sapa nk baca update diet haku, sila terjah blog MR ya!

.

Thursday, November 27, 2008

MAINTAIN


.

FROM TG MALIM WITH LOVE

.
Tajuk kemain ekk. Ni ha..haku bersiaran dari opis kroni aku kat Tg Malim - Zell si pompuan chayok. Tolong dia 'ngabihkan' makanan. Uwaaaaa... Hajah Norlia ni sajer jerk taww. Tak cukup dia mengkantoikan anak dia, aku pon terkantoi sama. Tapi rasanya tak la byk nau aku ngap bihun goreng dgn cucur tu tadi. Kira ok lagi kut... (ayat nk sedapkan hati sendiri). Nilah bahana bila dua makcik gumukz berkumpul.

Haku mai sini sebab tolong back-up dia kat PID. Ada visitor dari UKM dtg. Gigih aku mengharung jem nk masuk ke Tol Rawang di pagi hari. Dah la pakai girdle yg ketat melekat kat badan nih. Adoih!

Tapi, baguih jugak haku pakai girdle nih, perut aku yg berdiameter lebau jadi sempit sikit dan tak banyak makanan yg boleh haku ngapp. kalau tidakkkkk....

Lupa pulak haku nk snap gambo2 makanan yg menggiurkan tadi buat tatapan kowang2 sumer.


Sebagai ganti, meh kita merembeskan air liur menonton gambar cilok nih - Bihun goreng.


Dan ini juger - cucur udang.

Terima kasih Hajah Norlia. Dia yg supply girdle kat haku, dia jugak yg supply makanan2 di atas.
Kiri-kanan, kona-baring, Hajah Norlia jugak yg untung. Dan aku dgn Zel chayok ni jugak yg buntang kekenyangan. Muahahahah...

.


.

Wednesday, November 26, 2008

BERKOMUNIKASI DGN INTERNET?

.
Wallaweyy.... penatnya 2,3 harini mengajar... cuti sekolah dh mula. Budak2 sekolah punya peel biasalahkan, sekali sekala leh gak lepaskan temper sedas dua! hihihi

Masalahnya kalau student dewasa camana? Tua dr kita lak tu! Ya Allah.... berkerut-kerut muka I menahan temper. Kang kalau lepas, kuang ajo lak kan. Dah la suara Cikgu Rehan ni mcm halilintar membelah bumi kekdahnya. Sabor jerla.

Mahap yer kak, sayer tempek gambo akak kat sini buat tatapan kengkawan saya. Akak teruskan belajar bersungguh-sungguh yer. mungkin lama2 nnt akak boleh berkomunikasi dgn internet. hahahaha...


Muker tadak. Takut nnt laki dia dtg mengamuk kat aku lak kang! ahakss...

Dia kata,
"Cikgu, saya nk start keje 1hb 12 ni tau.
Keja saya nnt banyak berkomunikasi dgn internet."

Dengar mcm gempakkan. Maaf cakaplah kan..menaip pon mcm ayam patuk padi, ada hati nk skip2 syllabus. Baru dtg 2 minggu, harini dah request nk belajo internet.

Saya tanya,
"Akak nk komunikasi apa dgn internet? Komunikasi yg mcmana?"

Dia jawab,
"Saya tatau la mcmana cikgu. Yg saya tau saya nnt kena berkomunikasi dgn internet."

Bak kata assistant saya : Ha... becakaplah kau dgn internet tu ha....

Kuang..kuang...kuang.....

Kering tekak haku ngajo bukak email, browse internet segala.... 18 kali dok ulang mender yg sama, tak paham2 gak nih. Lepas tu mintak plak nk suh ajar EXCEL.

Katanya,
"Kalau nanti saya nk buat laporan yg mcm ni...(sambil tunjuk jadual2 segala..) boleh tak cikgu ajar saya yg ni pulak"

Tak leh jadi nih. Last2 sayer bagi jugak sedas,

"Kak, akak tak leh nk skip2 mcm ni tau kak. Saya tgok akak buat WORDS pon blur. tadi saya ajar internet pon akak tak buleh buat, skang akak nk lompat masuk jadual, Excel apa segala pulak..."

"Ha..kalau mcm tu takpalah, saya ikut cikgulah noo..."

Tau takper!

.

Tuesday, November 25, 2008

SEPUPU AISYAH BERKHATAN

.
Kan cuti skolah. 2 abg sepupu Aisyah kena potong ****. Hehe.
Potong di USJ, tapi balik 'berpantang' di Rawang. So cute tgok 2 beradik ni terlantar atas tilam. Sama-sama kena. So. takde sapa yg sakat sapa. Luckily sepupu2 diorang yg lain tak balik. Kalau tak naya jugakkan. Semata-mata terbaring jer atas tilam nun. Yg adik tu, masa 1st day siap kencing dlm baldi kecik kat tilam tu jugak. Best kan ada bibik. Langsung tak bergerak dr tilam. Nak mkn, nk minum semua bibik dtg siap. Nak mandi pon bibik datang bawak air panas, lap2 kan badan. Betuahnya badan...kalah org berpantang beranak kan?

Bang, kalau i banak lagi sekali...u carik bibik utk layan i mcm ni ekk?
Pangggg!! Aduih!


Akmal, big bro going to be 8 next year. PEACE ya all !



Aizat, lil bro going to be 6 next year. Warghhhh !



Budak ni tak masuk book. Kerrr..nk sunat lagi sekali nih?


Si Mencah sibuk mengaco masa kami tgh siap2 kan tilam utk mangsa 'potong'. Pantang kita bentang tilam ker, toto ker, mmg dia yg nk serbu dulu. Pastu dia sibuk dok usha keta James Bond dorang. (Abah dorang rasuah serang sebijik keta 007 Shell)

.

BELON PURPLE LAGIK

.
Hari Ahad pnya story. Kan Sabtu tu masa merentas desa saya belikan dia belon kepala bunny nih. So, hari Ahad kami tak kuar kemana. Melayan dia main2 dlm umah jer. Nk kuar kat laman, cuaca tak berapa bagus. Mandom.



Gigit.


Sambil layan TV



Nk bukak dr cup dia...


Hayun satu alam.


Picit.


Saya balik keja semlm, Nenek Onah membuat laporan - belon sudah pecah di himpap oleh budak bertuah nih. Melayang singgit duit mama nakkkk....

.

RESDUNG

.

Diharapkan ubat dan bedak ni mampu mengurangkan penyakit resdung saya. Dah seminggu lebih beli. Utk resdung.Tawakkal ajerlah. Skangni, asal saya dengar ada ubat herba yg berkesan untuk penyakit resdung (kalau harganya munasabah) saya akan beli.

Semlm saya kena attack terukkk sgt. Sebabnya mlm minggu tadi, masa merentas desa 3 beranak, saya mkn kerang bakar. Sedappp sgt sampai lupa saya ni alah dgn sea food. So, start hari Ahad sampai semlm, saya bersin kaw2 mcm nk tercabut bumbung umah. Kepala rasa ting tong, hidung tersumbat, tekak gatal dan kering. Dahsyatnya penangan kerang bakar tu. Sungguh tak berbaloi mkn kerang bakar 3 hinggit, binasa badan sampai 3 hari.

Lepas ni i will be extra cautious when concuming seafoods.

Sitisifir cadangkan saya makan product HPA,
Biras saya cadangkan produk keluaran Dr azimuth

ada sesiapa boleh bagi testimoni untuk produk-produk ni?

Mekaseyy...

.

REBET FROM TM

.
Remember surat cinta? Dan juga balasan dari TM yang ini?

Dan akhirnya, sayer mendapat rebet rm84.12 (sebulan lebih sikit. Actually saya mintak 2 full months sbb streamyx kat umah memang hamsapp tahap gaban!)

*************************************************************

Dear Ms. Raihan Juri,

Thank you for bringing this matter to our attention.

We write in response to your e-mail dated 12th November 2008 pertaining to the above.

Please be informed that we have confirmed adjustment with the amount RM 84.12 and this adjustment already approved from our management on 11th November 2008. Kindly refer next Telephone & Multimedia Bill for the adjustment.

We truly apologize for any inconveniences caused. Nevertheless, we would like to express our highly appreciation for your patience and understanding.

For further assistance or feedback, kindly e-mail us at: help@tm.com.my.
Alternatively, you may also contact TM at 100 and select "Internet Services?.

Thank you.


Regards,
Vicnesvary a/p Letchumanan
Customer Care Support,
Contact Center,

Management & Internet Services,

Customer Service Management, TM Retail.


**************************************************************


Saya berterima kasih dan bersyukur. After all, its my rights kan? What for payin' for somethin' that we cant use rite?

Anyhow, saya reply balik emel mereka (sayin' thank you of coz!) dan bagitau that nothing has changed - my streamyx still suckss to the maxx!

Saya buat andaian : Tiada apa yg boleh diorang buat to improve the connection (as tho tellin' us to redho jerlah....) Kang kalau customer bising2 kita bagi jerlah rebet sesikit.

Take note, connection yg hamsapp ni dah berlarutan dari bulan September sampai skang. Dah dekat 3 bulan kan? Im payin' rm77 per month and bounded for 2 years. Cancellation fees will be applied kalau nk kensel langganan. (harga asal rm110, saya subscribe masa merdeka promo). Bayangkan kalau saya byr rm110 for this hamsapp connection?

Enuff said, anda nilaikanlah sendiri kemampuan OUR BIG GIANT TELCO COMPANY ni ekk...

.

Monday, November 24, 2008

DINNER

.
Dah mlm dahni. Ingatkan nk balik terus, Babah melencong pulak pegi kedai makan. Dulu zaman2 becinta-cintun ada gak mkn kat sini. Saya kenyang cuma dahaga air sirap. Sementara tunggu babah habiskan kueytiow tomyam (dan saya dan mencah tolong habiskan kerang bakar!), saya melayan Mencah yang dah barai gilerr. Mata layu semacam tapi masih nk membuas. Cam biasa, kalau kat kedai2 mkn ke hapa..I bukan blogger tegar yg nak nangkap gambar. Makanya tiada gambar.

Kami balik rumah dengan kekenyangn dan kegembiraan.

Sikit punya banyak entry haku taip. Semua ni hari Sabtu punya citer. Hari Ahad punya entry kena buat auto-publishla kan. Kang esok2 ker sambung pulak.

Korangnyer weekend camana? Story habaq mai, esok I singgah...

I followww....

.

BELON PURPLE

.
Babah dia tgh pilih2 suar kat kedai baju-bajan harga patut. Yang anak dah tak senang duduk, asik nk berlari ke playarea tadi tu kan. Rasuah lagilah. Belon ada kepala bunny ni singgit jer. I loikeee... kalau kat tempat lain, busuk2 2 hinggit kan?

Syok sendirilah dia layan belon tu. Tak basahla ketiak I kan, sebab dia main setempat. Hehehe.


Turun bawah, nk kuar dah. Sementara tunggu babah pi toilet sat, Aisyah nampak beg gambo CARS (kartun CARS tu) kan mcm ROARY THE RACING CAR (PHDC pepagi). Duduk bersila dia kat situ....


Kuar dari Selayang Mall, masuk pulak cot memot. Cuci mata.

I followwww....

.

Sunday, November 23, 2008

SELAYANG MALL

.
Sampai fly over Selayang, tetiba Babah mencah belok ambik kiri. Layan Selayang Mall pulak. Nk beli CD game PS2. Laki I ni memang pemurah kemain dgn anak2 buah dia yg ramai bergenut kat umah Nenek nih. Cuti skolah katakan. Bang, belanja I tiket James Bond lagik bagus bang drp beli CD tak pekdah tu :P

Mencah nampak jer CD gambo Otromen dan yg sewaktu dgnnya, mulut tak abes2 Amennn... Amennnn.... Nampak spongebob, Bobopp.... Nampak fish (segala menatang yg dok dlm air), pishhhh...

Naik tingkat atas sekali nk solat Magrib. Kantoi lagi kami laki bini. Ada play area jugak kat atas tu. Tapi syiok, org tak ramai. Mencah apa lagikan.... sakan la...


Merry-go-round. Hok ni mahal sikit. Baper tah..malas lah.


Hok ni FREE kalau duduk saja. I loiiike! Kalau nk bagi dia godek2, singgit.


Jumpa jejaka idaman Bkt Beruntung. Ilham, yg baju collar merah - anak kawan Babah.


Tak syiok. Tempat duduk dia jauh dr stereng. Payah dia nk tekan punat2 tu.


Hok ni jugak yg dia suka. Saya turun dari surau, tengok stereng tu dah longgar. Diam2, dukung anak, blah dari situ.

Jumpa kedai maju murah-murahan yg bukan bundle. Babah ajak benti tengok2.

I followwww....

.


BAPAK THOMAS

.
Anak dah flat, layan membotol dlm stroller. Beg anak si bapak la kena menggalas kan?
Mak dia tak leh galas, mau rabak beg tu nk masuk lengan besau Mak Cik Rehan nih!




Terpikir gak aku nk kenakan en somi nih, nk pasang harness tu kat belakang dia masa dia tgh asyik pilih suar. Pastu kami 2 beranak follow dia dari belakang! Hahahaha.... Mental ke hapa!

Kuar dari Care4, ingatkan nk balik terusla kan. Tak abih lagik rupanya.Pasal tu aku kata kami 3 beranak merentas desa.

I followww.....

.

CARREFOUR LAGIK



Satu hapah kami tak beli kat care4 nih. Suami saya yg mulia ni (bodek lagiii) skang ni memang pengguna/ pembeli berhemah betul. Dan saya turut bersetuju dgn dia, brg kat care4 manyak mahal banding dgn Tesco (puji lagi nih...bila nk sign kontrak nih?)



Kesian betul... anak sapalah yg malang kena pakai costume ni weh? Sikit punya besau! Kaler dah mcm Barney, tu yg Mencah ala2 tertawan. Siap dipeluk-peluknya. Ini bukan Barney nak... ini Mak sedara tiri Barney...



So, sementara babah dia solat, saya rasuah si budak kecik ni masuk playarea. rm3, mainlah ko sampai lebam! Syiok arr...tak yah nk basah ketiak, saya monitor dari kejauhan jerr.


Anak dara ku dikelilingi jejaka2 tampan :P


Aksi primadona gitu...


Saya tak lunch thgari. Kat sana aku dah ketor lutut lapau. Pekena Megi goreng.
Lepas makan, en. somi ajak merayau kat outlet2 kecik-kecik kat dlm Care4 tu.

I followww....


.

WEEKENDERS @ CARREFOUR



Sungguh gembira cuti weekend baruni. Kerana byk perkara. Nnt saya story the morning glory satu persatu. 1st thing 1st, akhirnya saya berjaya buat dan alter blog 3 column ni. Benda sekejap jadi berejam sbb Streamyx yg sungguh hamsapp! Anda tak suka? x pa, janji saya suka. :P

Sabtu, kami 3 beranak merentas desa. Owhh..tapi Aisyah merentas CAREFOUR naik beskal yang bertambat. Plan asal nk pi tempat biasa, TESCO. (TESCO, silalah lantik kami sbg duta korang, kompom kami tak pegi tempat lain dah pasni!)

Ni anak saya sdg 'test drive' mainan beroda kat Care4 wangsa maju. Akulah ajak dtg sini, saja gatai. Boring ahh...asek Tesco Selayang jer kan. Saje ngabihkan minyak, pegi jauh sikit.


Terlebih melepak lak ank aku dlm ni. Mula2 aku tangkap cam gelap semcm, aku tambah cahaya dah jadi cam bunian lak. Lantak ahh...kose nk ejas. Henpon cap Low Yatt katakan...


Gigih dia nk rungkai basikal tu. Yang depa sediakan utk dihodak dia tamau. Nak yg orang gari jugak....



Ha... dah Babahnya yg beli beg bulu Thomas ber'harness'ni kan, makanya babah dia la yg kena basahkan ketiak follow dia membuas. Kalau mak dia...sumbat dlm stroller jer. Melalak la ko nak... telinga Mama kebal. Heh!


Tuuuu 2 beranak nk apply keje care4 kut. Sorang tolong menyemak..sorang tolong mengemas. I jadi mandurr :P



Kecik besar semua dia nk try. Jenuh ajar suh paddle, tak geti...




Gaya sungguh anak akuni nk menjahanamkan komputer kan? Patutlah laptop mama (eh, silap..babah punya...hehe..) yg dah sangap ni makin semput.


Apabila keadaan menjadi semakin tidak terkawal kat section mainan bebudak, rescue 911 terpaksa bertindak.

I followww....


.




Friday, November 21, 2008

CENDAWAN vs SAMAN

.
Sayer baru pulang dari melawat ladang cendawan Puan Zainon. Ingatkan nk citer kat sini..pikir2 balik, tak yah lah..baik saya karang entry tu kat blog ini. Blog Mencah kan tempat saya merapu-rapu jer. Dan sesungguhnya merapu itu sangat best!

Saya layan SAMAN simple dr Oli nih. Tima kasih sbb tak jemu2 menyaman saya yg sungguh tegar ini! Mekaseyyyy!


Rules & Regulations :
1. Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.

2. People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly.


3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

4. No tags back!


Inilah dia 10 perkara pelik tentang Mama Mencah!

1. Walaupon kenyang, sayer akan tetap makan bila nampak rejeki depan mata.
2. Masa kecik2 tabiat saya adalah gigit kuku.
3. Kalau tidur, saya akan mengiring sebelah kanan.
4. Saya mengidap penyakit resdung yang sangattttt serius!
5. Sejak berkahwin (2 thn lebih), rasanya tak sampai 20 kali saya masak lunch utk suami.
6. Saya gila duit, tapi BUKAN hamba duit.
7. Saya sgt garang!
8. Saya tak suka keadaan yg merumitkan kepala otak.
9. Saya sangat sensitif. (tak percaya tanya laki aku!)
10. Saya pendek dan gemuk!


10 orang perlu menjadi mangsa saya seterusnya. Mereka adalah :
1. Kak Mah Gali
2. Zalia
3. Cek Lala
4. Zaza budak TESL
5. Sis Eynda
6. Sis Nasik Impit (mod...nak tacang!)
7. Embunpagi (dh ptg2 ni mana ada embun dah la..)
8. Farah Sahira.

Mekaseyyy!


p/s : 8 dah la...

.

KICK -START


.


Inilah gambar-gambar Makcik Rehan masa tahun 2006. Makcik Rehan takde la kurus mcm model haa... tapi idok le kembang mcm sekarang ni kan. I was about 56-60kg back then. But now, Makcik Rehan memegang rekod A1 - 92 kg.





FAQs with Makcik Rehan.

Q1 :
What makes Makcik suddenly nk menguruskan badan, setelah bersenang lenang menternak lemak selama hampir 2 tahun?

Answer : Sebab Makcik dah mula sakit2 lutut ko! Nak naik tangga umah pon dah mengah ha... Kan Makcik nk pindah duduk umah flet tahun depan.. kang ader yg Makcik Sesak napas nak manjat tangga umah plak kan... and one good reason, of cos - untuk kesihatan.

Q2 :
Berapa lama Makcik Target untuk dapatkan balik berat badan zaman gedik Makcik tu?

Answer : Amboihh...soklan ko ni cam perli Makcik jerr... Makcik target dlm setahun la...nk dapat balik 57 kilo tu. Tapi, end result is another thing lah, yang penting the journey towards there, the support, the progress and so on yg really matters to Makcik.

Q3 :
Ngaper Makcik ngengada kepochi kat Blog Mencah ni pasal projek diet Makcik ni? Makcik ni mcm sajer nk carik glamer jer...?

Answer : (Sambil menjegilkan mata..) Aku menggeletis kat mana yg ko kata Makcik ni carik glamer? Ada kuar TV ker.. radio ker? sot kaba ker? Eh, ni blog anak aku taww... suketi Makcik lerr... sebagai duta kurus kat blog Mencah ni, at least Makcik boleh jadi sumber inspirasi kat pompuan-pompuan gemuk seMalaysia ni taww... dan lagi satu, oleh sebab ramai yg memantau projek kurus Makcik ini, idoklah Makcik terkantoi dan terlungkup mcm dulu2.. nk diet tp asik kensellll manjang!

Q4 :
Makcik ada ngambik apa2 produk pelangsingan ker?

Answer : Hoh mesti ler ada... abih pe guna Makcik beria-ia menggedik kat blog Mencah ni kan? Ko tunggu jela..dr semasa ke semasa nnt Makcik citerlah sikit2 apa 'brg' yg Makcik ngap! Ko mcm tak tau lak.. Makcik ni kan Tokey... (sempat lagi tu!)

Q5 :
Sapa pendorong utama projek ni Makcik?

Answer : Haku sendirilah. Harapkan Pakcik ko..dlm dok membebel kata Makcik Gumuk, kang diajaknya jugak aku pi KFC lah, Mc D lah, Teppanyakilah... (eh, laki aku sayang aku taww!) Tapi Makcik harap, kawan2 yang dok rajin bertandang kat blog Makcik ni akan jadi penyokong setia Makcik... Mekaseyyyy!

Q6 :
Berapa berat Makcik skang? Ukurlilit?

Answer : Berat 92 kilo (as of 21 Nov 08), pinggang 110 cm, tinggi 150cm. Yang lelain jap gi Makcik ukur, makcik sms ko! Tak pon, ko rerajinlah masuk intai2 DIARY DIET MAKCIK REHAN ni ekk...

Q7 :
Adakah Makcik Memerlukan penaja?

Answer : Ader ker sesapa yg nak menaja Makcik? Dipersilakannnnn..... Mekaseyyy!


.

CENDAWAN

.

Ni sat gi nk pi melawat ladang cendawan. Gelak besau laki aku wehh...
Layan jerla...asalkan mereka dan keluarga mereka gumbira...
Makanya harini tak dpt lah haku melayan gossip di gerai makcik simpang kan...


Sayer dh nk kick-start projek diet ni wehh. Meh kita memanaskan situasi blog mencah ni, kita melayan gambo besau si tokey besau! Ahaksss...



Ni gambo sengal dr depan.



Ni gambo sengal dr sisi.

Date: 21 Nov 2008
Current weight : 92 kg (giler heavy weight nih!)
Height : 150 cm (Bonsai rendang tak berbuah!)

Harap2 6 bulan dari sekarang, ketebalan aku tinggal separuh dr yg ini! Hahaha...



.

Thursday, November 20, 2008

SAMAN IBU MENGANDUNG

.
Antara 'paksa-rela' ku bayar jugak saman ini. Muahahahaha... saksikanlah wahai sekalian ummat sedonia..betapa besar Makcik Rehan dulu-dulu dan kini...

Sayer malas nk ikut step (malas nk review balik kat blog Oli sebenarnya hehe..), yg sayer ingat, kena tepek at least 5 keping pics masa tgh moncit! Hehehe...

Here they are!

Preggy 1st trimester-70kg at Redang for Company retreat (Very bad MS!!)


2nd trimester@MJ's office abt 83kg!

3rd trimester - almost 90kg!
Abaikan pompuan2 seksi itu yah! Masa ni Annual Dinner ma.. gigih jugak aku usung perut pegi dinner demi nk menjaga nama baik boss al-kununnya...

Dalm pantang - abt 80kg ++. Susutlah dlm 8-10 kilo...

5-6 bulan pas tu, naik mencanak-canak!

Lepas tu tak turun-turun dah sampai skang.

Makanan kegemaran masa bunting : TEPPANYAKI
Bersalin Sepital mana : Hosp. Sg Buluh

Psssttt...semlm sayer timbang, dah 9o kilo balik dah...uwaaaa.....

p/s: Oli, adakah saya menjawab soalan anda?

.